Sekumpulan pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Sungai Long di Cheras terpinga-pinga selepas seorang wanita ‘naik hantu’ dan menghempas telefon bimbit dipercayai milik salah seorang daripada mereka.
Menerusi satu hantaran video di Twitter, wanita itu secara tiba-tiba mendekati pelajar yang sedang melakukan tugasan temu bual lalu meminta ingin meminjam telefon bimbit untuk menelefon anak perempuannya. “Boleh saya nak pinjam telefon bimbit, saya mahu hubungi anak perempuan saya,” tanya wanita itu. “Ini milik kawan saya. Telefon saya sedang digunakan,” balas pelajar terbabit sebelum wanita itu merampas telefon yang berada di tangannya. Difahamkan, tayar kereta wanita itu juga dikunci oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Menjengah ruangan komen di TikTok, wanita berkenaan dipercayai menampar pelajar yang juga pemilik telefon bimbit yang dihempas beberapa kali olehnya. “Dia juga menampar pemilik telefon bimbit itu di hadapan polis. Harap dikenakan tindakan,” komen Johny Lee. “Mungkin anak perempuan dia belajar di sana. Macam mana anak dia akan berdepan dengan kawan-kawan nanti?,” tanya Winson. “Saya lihat dalam video TikTok lain, dia juga tampar seorang wanita di restoran pada hari sama,” tulis ftco. Sumber: Kosmo! Online
|
limesherbet replied at 5-8-2023 06:25 PM
mata i lebih fokus kat boy belakang yg laju mula record...split second tu mesti jenis always re ...
oggy replied at 5-8-2023 07:50 PM
Kebetulan they all mmg tgh record interview.
Maka dapat laa record sekali kementalan ahso ni.
limesherbet replied at 5-8-2023 09:35 PM
Bukan yg record video ni. Yang lelaki diri belakang yg tengah buat hal sendiri tu.
alieyrina replied at 5-8-2023 05:33 PM
Sbb tu lani org pikir byk kali nak tolong sapa2 ..naya kena hadap org gila
tikusmontok replied at 5-8-2023 05:31 PM
Asoo gila ke?
ADVERTISEMENT