CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Temui Mayat Anak Di Bangunan Lama

5-8-2023 03:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4172| Komen: 23

Kota Kinabalu: Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak Rabu lalu terjawab apabila ditemui mati di sebuah bangunan lama di Jalan Sembulan, di sini, semalam.

Lebih memilukan, mayat mangsa berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoran ditemui bapanya kira-kira jam 8 pagi selepas dua hari berusaha mencari anaknya itu.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan bangunan lama Jalan Sembulan.

Lokasi mayat mangsa ditemui dipercayai terjatuh dari bangunan lama di Jalan Sembulan, Kota Kinabalu. - NSTP/ihsan PDRM

Katanya, berdasarkan maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring.

"Hasil pemeriksaan awal oleh doktor dari Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) mengesahkan kematian pada 9.07 pagi dan di bahagian tangan kiri mangsa terdapat kesan luka dipercayai patah akibat terjatuh dari tempat tinggi.


"Siasatan di lokasi kejadian mendapati, bangunan lima tingkat berkenaan sudah lama ditinggalkan dan mangsa dipercayai naik ke tempat simpanan tangki air sebelum terjatuh," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, terdapat kesan tapak kaki di kawasan tangga bangunan selain polis menemui alat 'portable vapor' dipercayai milik mangsa.

Katanya, hasil siasatan lanjut, polis percaya tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat atas.

"Hasil siasatan di tempat kejadian oleh pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah tiada unsur-unsur jenayah dan tiada menemui sebarang senjata.

"Siasatan juga mendapati mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua hari sebelum ahli keluarga mencari mangsa," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabth I (HQEI) untuk proses bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR)," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 5-8-2023 04:58 PM
nape pegi situ sorang2 dik??? panjat sorg2 kan dh jatuh takde sape tahu, sian family ko 2 hari risau tunggu tak balik2..
Quote Carcosa 5-8-2023 05:15 PM
Loooh. Kau nak buat apa situ sengsorang dekkk. Baru nak Healing, kan dah Hilang
Quote dua_chzy 5-8-2023 05:50 PM
Apsal la orang suka bunuh diri kat bangunan lama RTM ni.
Quote edayildiz 5-8-2023 05:55 PM
bunuh diri ke terjatuh
Quote grouper 5-8-2023 05:56 PM
Tempat keras mcm ni blh jadi hantu tolak
Quote limesherbet 5-8-2023 06:05 PM
ckp je la committed suicide
Quote shernazz 5-8-2023 07:25 PM
Bunuh diri ke tu?
Quote pooh~key 5-8-2023 08:14 PM
hokeypokey replied at 5-8-2023 04:58 PM
nape pegi situ sorang2 dik??? panjat sorg2 kan dh jatuh takde sape tahu, sian family ko 2 hari risau ...

Aiiiii soalan mintak kena cili pay pet ke sissy?
Quote pooh~key 5-8-2023 08:15 PM
La akak ingat kau hokeypokey sorang je yang tak faham sis…. Rupanya ramai juga yang lemmmmm kat forum ni nyah sis…
Quote menjad 5-8-2023 08:22 PM
Sakit mental kot
Quote kepompong 5-8-2023 08:41 PM
dua_chzy replied at 5-8-2023 05:50 PM
Apsal la orang suka bunuh diri kat bangunan lama RTM ni.

ada yg memanggil2 barangkali?
Quote supernaturalee 5-8-2023 08:44 PM
dua_chzy replied at 5-8-2023 05:50 PM
Apsal la orang suka bunuh diri kat bangunan lama RTM ni.

Kenapa pindah tu
Nmpk mcm belum lama tglnya

Angker ke sis
Quote sharfox 6-8-2023 07:53 AM
Ni kes layan Solo Ambush kot...cuba nak ambush tempat2 mcm ni sorang2.
Quote dua_chzy 6-8-2023 02:26 PM
supernaturalee replied at 5-8-2023 12:44 PM
Kenapa pindah tu
Nmpk mcm belum lama tglnya


Tak tau sis kenapa pindah.
Quote dua_chzy 6-8-2023 02:27 PM
kepompong replied at 5-8-2023 12:41 PM
ada yg memanggil2 barangkali?

A'ah kot kan? Sebab tenpat ni macam jadik port bunuh diri. Ada yang pi gantung diri la, etc.
Quote hokeypokey 6-8-2023 07:04 PM
pooh~key replied at 5-8-2023 08:14 PM
Aiiiii soalan mintak kena cili pay pet ke sissy?

hamboihhh garang nau, mati la kena cili pepek kang, tapi wartawan tulis accident
Quote hokeypokey 6-8-2023 07:07 PM
pooh~key replied at 5-8-2023 08:15 PM
La akak ingat kau hokeypokey sorang je yang tak faham sis…. Rupanya ramai juga yang lemmmmm kat for ...

kurang gula sis, sel2 pun tak berhubung, mati2 la percaya terjatuh
Quote sharlenetexas 6-8-2023 11:17 PM
dua_chzy replied at 6-8-2023 02:27 PM
A'ah kot kan? Sebab tenpat ni macam jadik port bunuh diri. Ada yang pi gantung diri la, etc.

Jalan sembulan ni belah mana uols? Ada landmark lain tak?

Quote pooh~key 7-8-2023 05:50 AM
hokeypokey replied at 6-8-2023 07:04 PM
hamboihhh garang nau, mati la kena cili pepek kang, tapi wartawan tulis accident

Wartawan kena jadi bodo ikut etika kewartawanan bodo, sissy. Maaf akak tergarang hari tu sis sebab akak stress sis.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.315682 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top