Seorang wanita dikenali sebagai Aien Suraya berkongsi video yang memaparkan kereta mewah miliknya ditarik oleh sebuah trak tunda. Video yang dimuat naik di TikTok, menyaksikan usahawan tudung itu mengatakan bahawa dia tersilap langkah dalam menguruskan kewangan dan terjerat dengan hutang.
Dia menyangka pendapatan diperolehnya sebanyak RM10,000 sebulan mampu memiliki kereta jenis Toyota Vellfire. Difahamkan, dia berasa terbeban untuk menjelaskan hutang kenderaan berwarna putih tersebut yang perlu dibayar sebanyak RM3,000 sebulan dan turut mengakui kesilapannya memilih kereta itu sebagai kegunaan harian. Aien kata sifat teringin yang membuak-buak bagi memiliki kereta yang popular bagi golongan T20 itu menjadi punca dirinya bertegas untuk meneruskan pembelian.
Malah, dia juga menyedari tersilap langkah selepas tidak mampu melunaskan hutang bulanan selain menasihati pengikutnya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Di ruangan komen, ramai netizen menceritakan pengalaman peribadi mereka berhubung soal pembelian kereta yang berdasarkan kemampuan masing-masing. -CARI
|
shernazz replied at 5-8-2023 12:44 PM
Adek iols pung pakai beza je..relaks jah gi pasar gi keje pakai kete biasa...
Tp ada Komen kat FB K ...
Mulotkoyak replied at 5-8-2023 12:49 PM
Babi lagi.. Kisah penipu.. Kontent jilaka
ADVERTISEMENT