Tokyo: Salah satu buah termahal di dunia, Bijin-Hime atau dipanggil 'Puteri Cantik', bukan sembarangan strawberi kerana harganya yang 'kayangan' iaitu mencecah AS$350 sebiji (kira-kira RM1,592).
Mikio Okuda yang menanamnya adalah seorang petani dengan lebih 45 tahun pengalaman menanam strawberi hasil percubaannya selama 15 tahun. Bijin-Hime ialah salah satu jenis strawberi yang paling terkenal di dunia. Saiznya sebesar bola tenis dan mempunyai anggaran berat sekitar 100 gram, namun bukan itu (saiz) yang menjadikan 'Puteri Cantik' istimewa. Tahap kandungan gula menjadikannya rasanya jauh lebih manis dan mempunyai rasa yang mengingatkan seseorang kepada mawar. Tekstur strawberi Bijin-Hime dikatakan memberikan keseimbangan sempurna antara lembut dan pejal. Warna merah yang berkilat dikatakan meresap hingga ke isinya. Ia juga tidak mempunyai sebarang keasidan.
Seperti kebanyakan pengusaha strawberi Jepun yang lain, Mikio Okuda menanam Bijin-Hime ketika musim sejuk, memantau dengan teliti suhu tanah dan udara di dalam rumah hijaunya di Okuda Farms di Hashima, Wilayah Gifu. Kematangan yang perlahan mungkin salah satu rahsia di sebalik kemanisan dan keenakan strawberi itu. CNN melaporkan Okuda Farms hanya menghasilkan kira-kira 500 strawberi jenis ini yang layak untuk dijual di pasaran, setiap tahun. -CARI Sumber: Harian Metro
|
dua_chzy replied at 5-8-2023 11:13 AM
Macam bentuk punggung ja.
Aiols percaya apa2 yang mahal nak mampus dari Jepun ini overrated. Macam ...
shernazz replied at 5-8-2023 04:57 AM
Bunggung selulit ka?
dua_chzy replied at 5-8-2023 05:31 PM
Punggung menggerutu gini la kot yang buat laki cerai bini tu. Kan ada keluar cerita ni dari fail m ...
ADVERTISEMENT