CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Tak Dapat Telefon Bimbit Untuk Main Game- Ibu Teruk Dibelasah, Dicekik, Ditolak Ke Dinding Oleh Anak Usia 15 Tahun!

5-8-2023 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2492| Komen: 7

Seorang ibu teruk dibelasah oleh anak lelakinya yang baru berusia 15 tahun gara-gara telefon bimbitnya dirampas wanita itu.

South China Morning Post melaporkan, rakaman tular di stesen kereta api bawah tanah di Beijing, China itu mengundang kemarahan orang ramai.


Dalam rakaman video tersebut, remaja berkenaan dilihat berdiri di hadapan lif bersama ibu dan adik lelakinya.

Foto: SCMP

Dia bagaimanapun bertindak mencekik leher ibunya lalu menolaknya ke dinding.

Si ibu cuba melawan untuk mempertahankan dirinya.

Panik dengan situasi tersebut, si adik cuba meleraikan pergelutan itu dengan menarik tangan abangnya demi menyelamatkan ibu mereka.

“Ibu, ibu, ibu,” kedengaran jeritan adiknya menerusi video.

Walaupun seorang kakitangan kereta api bawah tanah tiba di tempat kejadian, remaja itu tetap tidak menghiraukan keadaan sekeliling.


Dia seterusnya menendang dan menolak ibunya sebelum pekerja itu berjaya menariknya.

Pekerja tersebut kemudian memberitahu remaja itu supaya bertenang sebelum pergi mendapatkan bantuan.

Namun, remaja itu kembali menyerang ibunya.

“Berikan semula telefon saya,” kata remaja itu sambil memegang lengan ibunya.

Wanita itu mengeluarkan telefon bimbit dan menghempasnya ke lantai.

Belum sempat melakukan tendangan buat kali kedua, pekerja stesen kereta api tiba dan cuba menahan remaja berkenaan.

Pergelutan itu dileraikan sebaik seorang pegawai polis tiba di lokasi kejadian. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 5-8-2023 11:25 AM
Kuang ajo punya anak.
Quote Kentot_Wangi 5-8-2023 12:33 PM
Si tanggang!
Quote shernazz 5-8-2023 12:46 PM
Dah ketagih sangat la tu...
Quote gideoncross 5-8-2023 11:59 PM
Tembak je kpla budak ni smpai tembus.
Quote intan244 6-8-2023 04:19 PM
buang je anak tu ke pusat pemulihan akhlak. biar dia pikir sikit salah dia.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058390 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top