CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Ahmad Seronok Tengok Anak Pakai Tudung

5-8-2023 09:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3773| Komen: 11

Pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa gembira apabila anak sulungnya, Naira Mikayla, 11, menyatakan hasratnya untuk bertudung.

Kata selebriti berusia 39 tahun itu, dia sama sekali tidak menyangka anaknya yang mesra dengan panggilan Mika meluahkan keinginan tersebut.


Pun begitu, terbit rasa bimbang untuk berkongsi perkara baik ini kerana takut sekiranya satu hari nanti anak perempuannya itu diuji untuk kembali tidak bertudung.


Bagaimanapun, Nabil berkata dia tetap memberikan sokongan buat Mikayla atau Mika dengan mengikut kemahuannya membelikan setiap rekaan tudung yang diingini.

"Pada mulanya masa dia (Mika) minta pakai tudung, saya dan isteri terkejut sebab dia baru darjah lima. Saya tak pernah meminta dia memakai tudung... asalkan pakai apa yang dia selesa.

"Tapi Alhamdulillah saya gembira. Saya sebenarnya tiada niat berkongsi mengenai hal ini kerana saya sangat takut nanti bila Allah uji dia sekiranya ingin membuka semula tudung.


"Jadi saya biar sahaja... saya hanya memberi sokongan dan membelikan setiap warna tudung yang dia mahu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabil memberitahu dia sentiasa berdoa serta berharap agar anak perempuannya itu kekal istiqamah dalam menutup aurat dan mendalami ajaran agama Islam.

Kata Nabil, dia tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya yang agak lambat mendalami dan mengikut tuntutan agama.


"Kalau boleh doakan dia istiqamah... mereka nak belajar agama. Itulah harapan saya sekarang. Tiada apa yang boleh menggembirakan saya melainkan melihat anak-anak saya mengikut ajaran agama Islam.

"Saya tidak mahu anak-anak ikut seperti bapa (merujuk kepada dirinya) mereka. Saya dulu tak baik, bapa mereka nakal. Belajar agama pun lambat. Dapat hidayah pun lambat.

"Jadi kalau boleh saya tidak mahu anak-anak saya melalui fasa buruk itu. Biar mereka melalui laluan yang betul. Apa yang boleh saya buat adalah berterusan mendoakan mereka untuk kekal istiqamah," ujarnya.

Ditanya sekiranya Mika mendapat tawaran untuk menjadi duta atau menggayakan jenama tudung di pasaran, Nabil terbuka memberikan peluang itu kepada anaknya.

Ia secara tidak langsung dapat menaikkan lagi semangat Mika untuk terus istiqamah memakai tudung dan menutup aurat.

"Dia sudah mula belajar memakai tudung... pergi sekolah pakai tudung, bersukan pun pakai tudung. Malah keluar rumah pun masih bertudung.

"Saya tidak menolak sekiranya ada jenama tudung yang ingin mengambil Mika sebagai duta atau model. Saya rasa sekiranya menerima tawaran seperti ini, ia menggalakkan Mika untuk terus memakai tudung," katanya.


Pada Julai lalu, Nabil memuat naik foto mereka sekeluarga di Instagram dan penampilan Mika mengenakan tudung mencuri perhatian netizen.

Untuk rekod, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 11, Layla Medyna, 8, dan Mishall Imani, 4.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaamsar 5-8-2023 09:56 AM
Cantik anak2 dia
Quote anony-mous 5-8-2023 02:34 PM
Nmpk muka budak baik je yg pakai tudung tu. Bgus la sbb heols xpksa pon.
Quote KikiHadid 5-8-2023 10:17 PM
Anak2 diorang dh bsr nnt mesti helok
Quote Atata 6-8-2023 12:13 AM
Anak2 dia lawa terutama yg kedua tu. Goddess macam mak dia
Quote LadyCarefree 6-8-2023 09:50 AM
Atata replied at 5-8-2023 11:13 PM
Anak2 dia lawa terutama yg kedua tu. Goddess macam mak dia

LOLLLL terbahak my teh tarik ais pepagi ni
Quote LadyCarefree 6-8-2023 09:51 AM
""Saya tidak menolak sekiranya ada jenama tudung yang ingin mengambil Mika sebagai duta atau model. Saya rasa sekiranya menerima tawaran seperti ini, ia menggalakkan Mika untuk terus memakai tudung," katanya."

Gituuuuuu LOLOLLLLLL

Quote lasagna 7-8-2023 09:34 AM
bgus laa sbb anak2 dia semua ppuan..
anak ppuan ni pyh nak jaga kan.
Quote Atata 10-8-2023 07:47 AM
LadyCarefree replied at 6-8-2023 09:50 AM
LOLLLL terbahak my teh tarik ais pepagi ni

Chuols selalu jeles kan kat orang lawa haha. Bini dia memang lawaaa. Badan just nice tak gemok. But yelah dah berumur sikit harus la tak segoddes waktu belia
Quote za8da 10-8-2023 08:13 AM
Lawa anak2 dia..
Quote irsa 10-8-2023 08:22 AM
Edited by irsa at 10-8-2023 08:24 AM

Anak 1st ikut muka bapaknya. 2nd nmpk ikut ibunya n yg no 3 tu aura lain sikit. Kot mana2 Pon bebudak ni klau dipakai kemas2, bersih semua nmpk cantik n comel. Asalkan x kepam
Quote LadyCarefree 10-8-2023 04:49 PM
Atata replied at 10-8-2023 06:47 AM
Chuols selalu jeles kan kat orang lawa haha. Bini dia memang lawaaa. Badan just nice tak gemok. Bu ...

eeewwwww muka kampong, style kampong.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.116517 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top