"Kalau boleh doakan dia istiqamah... mereka nak belajar agama. Itulah harapan saya sekarang. Tiada apa yang boleh menggembirakan saya melainkan melihat anak-anak saya mengikut ajaran agama Islam.
"Saya tidak mahu anak-anak ikut seperti bapa (merujuk kepada dirinya) mereka. Saya dulu tak baik, bapa mereka nakal. Belajar agama pun lambat. Dapat hidayah pun lambat.
"Jadi kalau boleh saya tidak mahu anak-anak saya melalui fasa buruk itu. Biar mereka melalui laluan yang betul. Apa yang boleh saya buat adalah berterusan mendoakan mereka untuk kekal istiqamah," ujarnya.
Ditanya sekiranya Mika mendapat tawaran untuk menjadi duta atau menggayakan jenama tudung di pasaran, Nabil terbuka memberikan peluang itu kepada anaknya.
Ia secara tidak langsung dapat menaikkan lagi semangat Mika untuk terus istiqamah memakai tudung dan menutup aurat.
"Dia sudah mula belajar memakai tudung... pergi sekolah pakai tudung, bersukan pun pakai tudung. Malah keluar rumah pun masih bertudung.
"Saya tidak menolak sekiranya ada jenama tudung yang ingin mengambil Mika sebagai duta atau model. Saya rasa sekiranya menerima tawaran seperti ini, ia menggalakkan Mika untuk terus memakai tudung," katanya.
Pada Julai lalu, Nabil memuat naik foto mereka sekeluarga di Instagram dan penampilan Mika mengenakan tudung mencuri perhatian netizen.
Untuk rekod, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 11, Layla Medyna, 8, dan Mishall Imani, 4.
Sumber: mStar