CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawasan Parkir Stesen KTM Teluk Pulai, Klang Gelap Tak Ada Pengawal- Dua Biji Tayar Dan Rim Kereta Wanita Lesap, Menangis Balik Kerja

4-8-2023 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2337| Komen: 9

Seorang wanita menangis apabila dua tayar serta rim kereta miliknya dicuri ketika dia ingin mengambil kenderaannya selepas pulang bekerja.

Menerusi perkongsian di Facebook Kepala Berputar, kejadian dipercayai berlaku di kawasan parkir stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Teluk Pulai, Klang.


Berdasarkan video berdurasi 35 saat itu, kawasan parkir berkenaan dilihat tiada lampu dan gelap selain tidak mempunyai pengawal untuk memantau keselamatan kenderaan.

Foto: FB

Bagaimanapun, kereta wanita terbabit masih mempunyai dua lagi tayar dan dilihat dalam keadaan baik serta tidak mengalami kehilangan barang lain.

“Saya berseorangan di sini dan engkau tengok dia curi tayar. Macam mana nak balik ni. Ya Allah, stresnya,” katanya dengan nada sedih.

Rata- rata orang ramai mengecam tindakan si pelaku yang menyusahkan orang lain selain menasihatkan wanita berkenaan untuk tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang berbahaya.


“Mudah-mudahan yang mencuri itu dikenakan balasan yang setimpal. Naya betul,” luah Zul.

“Sebab tu penting parkir berbayar, dari rugi beratus ringgit. Zaman sekarang zaman gila,” kata Madi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 4-8-2023 02:20 PM
semua tempat berisiko tinggi.
Quote prettyuglybabe 4-8-2023 02:21 PM
semoga pencuri tayar ni mampus digelek lori..
hidup pun menyusahkan orang baik mampus je..
Quote tri-max 4-8-2023 02:44 PM
da lama aim tu..
MO berjaya
KTM tak nak komen apa2 ke? buat stesen... pengurusan parkir mcm lahnat
Quote antikorok 4-8-2023 08:57 PM
Klang ropenyehh, no wonder sbb penah dinobat eh laman Numbeo sebagai bandar paling tak selamat di Asean (walaupon sesiapa jahh boleh buat pelbagai akaun huntok undi dan pedajal sesuatu tempat tuh jadik paling selamat dan paling bahaya ).
Ingatkan kat negeri sskjp berita ni...

Quote antikorok 5-8-2023 03:16 AM
[fbp]https://www.facebook.com/100064514333767/videos/1307558336833685/[/fbp]
Quote itik_magic 5-8-2023 06:21 AM
mmg parking berbayar murah ni xde pengawal. sbb tu biasa ada papan tanda risiko kecurian tggjwb pengguna sendiri. nnti letak pengawal mahal pulak kadar harga letak kereta pun kena kutuk juga. lps tu ramai letak tepi jln pulak. jln sempit pulak. polis pulak saman kutuk polis pulak.  pencuri punya salah, org lain turut jd bersalah.
Quote shida81 5-8-2023 10:15 AM
Ktm ni dulu adik ipar ak park kete dia kat sini.. Petang dia blk 4 tayar dia hilang.. Siap petal batu lg... Adik ak dpt tau trus demam.. Dia kata skru2 kat tayar dia mahal gile... X paham ak org lelaki ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.134089 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top