View: 2257|Reply: 7
|
Kawasan Parkir Stesen KTM Teluk Pulai, Klang Gelap Tak Ada Pengawal- Dua Biji Tayar Dan Rim Kereta Wanita Lesap, Menangis Balik Kerja
[Copy link]
|
|
Seorang wanita menangis apabila dua tayar serta rim kereta miliknya dicuri ketika dia ingin mengambil kenderaannya selepas pulang bekerja.
Menerusi perkongsian di Facebook Kepala Berputar, kejadian dipercayai berlaku di kawasan parkir stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Teluk Pulai, Klang.
Berdasarkan video berdurasi 35 saat itu, kawasan parkir berkenaan dilihat tiada lampu dan gelap selain tidak mempunyai pengawal untuk memantau keselamatan kenderaan.
Foto: FB
Bagaimanapun, kereta wanita terbabit masih mempunyai dua lagi tayar dan dilihat dalam keadaan baik serta tidak mengalami kehilangan barang lain.
“Saya berseorangan di sini dan engkau tengok dia curi tayar. Macam mana nak balik ni. Ya Allah, stresnya,” katanya dengan nada sedih.
Rata- rata orang ramai mengecam tindakan si pelaku yang menyusahkan orang lain selain menasihatkan wanita berkenaan untuk tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang berbahaya.
“Mudah-mudahan yang mencuri itu dikenakan balasan yang setimpal. Naya betul,” luah Zul.
“Sebab tu penting parkir berbayar, dari rugi beratus ringgit. Zaman sekarang zaman gila,” kata Madi. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
semua tempat berisiko tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pencuri tayar ni mampus digelek lori..
hidup pun menyusahkan orang baik mampus je.. |
|
|
|
|
|
|
|
da lama aim tu..
MO berjaya
KTM tak nak komen apa2 ke? buat stesen... pengurusan parkir mcm lahnat
|
|
|
|
|
|
|
|
Klang ropenyehh, no wonder sbb penah dinobat eh laman Numbeo sebagai bandar paling tak selamat di Asean (walaupon sesiapa jahh boleh buat pelbagai akaun huntok undi dan pedajal sesuatu tempat tuh jadik paling selamat dan paling bahaya ).
Ingatkan kat negeri sskjp berita ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg parking berbayar murah ni xde pengawal. sbb tu biasa ada papan tanda risiko kecurian tggjwb pengguna sendiri. nnti letak pengawal mahal pulak kadar harga letak kereta pun kena kutuk juga. lps tu ramai letak tepi jln pulak. jln sempit pulak. polis pulak saman kutuk polis pulak. pencuri punya salah, org lain turut jd bersalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ktm ni dulu adik ipar ak park kete dia kat sini.. Petang dia blk 4 tayar dia hilang.. Siap petal batu lg... Adik ak dpt tau trus demam.. Dia kata skru2 kat tayar dia mahal gile... X paham ak org lelaki ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|