CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelantan Dianaktirikan! Pas Dakwa Kerajaan Pusat Yang Salah, Punca Masalah Air Sampai Sudah Tak Selesai

4-8-2023 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2453| Komen: 12

Kota Bharu: Dianaktitikan kerajaan pusat, menjadii punca masalah air di Kelantan tidak dapat diselesaikan hingga kini.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, selama 30 tahun, Kelantan dijadikan anak tiri oleh Umno.


Tambahnya sebelum ini geran-geran dan peruntukan diberikan kepada negeri lain di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang bermula pada tahun 2000, tetapi Kelantan tidak diberikan.

Ahmad Fadhli Shaari, Foto: Harian Metro

"Negeri bawah BN dia bagi sumbangan, geran dan peruntukan dengan menganaktirikan Kelantan. Baru sekarang (Kerajaan Persekutuan) bagi (peruntukan) kepada Kelantan, itu pun secara hutang.

"Kita perlu geran bagi pembangunan air sebab rakyat semakin ramai, taman perumahan, rumah makin banyak didirikan tetapi paip tidak dapat diperbesarkan kerana tiada dana dan peruntukan.

"Sebab itu bila kita ada dalam kerajaan, perkara ini dibaiki dengan begitu pantas dengan tatacara dan tatakelola apabila peruntukan diberikan (kepada Kelantan)," katanya dalam Ceramah Pakat Pertahan Dewan Undangan Negeri (Dun) Meranti, Pasir Mas di sini, malam tadi.


Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, untuk membaiki dengan segera kerosakan yang dibuat dalam masa berpuluh tahun, ia bukannya perkara senang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 4-8-2023 10:54 AM
Edited by Thunderclouds at 4-8-2023 10:58 AM

400jota lemon kem salaammm

800jota lemon coming soon


Quote nikaido 4-8-2023 11:00 AM
Kerajaan zaman madey bg rm400juta apa hasil pembangunan pun tadak. Yg ada beli merc utk exco2, naik gaji + bonus siap backdated adalah
Quote supernaturalee 4-8-2023 11:16 AM
apo ni
letak la yg bijak sikit
fakta2 dlm cpu dia

Quote putericahaya999 4-8-2023 11:18 AM
Hbs tu masa dlm kerajaan bakpo x buat
Quote cikatilia 4-8-2023 12:33 PM
bagi duit kat kerajaan yg ampa pilih
serdak pon xsampai ke bawah2 nun

nasib le kan.. pastu pilih lagi kaki2 sakau tu
Quote tigerads 4-8-2023 12:40 PM
keje nk salahkan org saja...

back off laa politician drp pengurusan sumber spt air karat sdn bhd ni.. bg org yg pakar tadbir urus..geram aku...

aksb ni kdg aku rasa bongok..hal kaunter tutup politician jawab, hal xde air org sama jawab..salahkan orglai  sbb x pandai urus air pon org yg sama..mmg laa kerajaan pusat xkan tlg kalau org cmni ada..menyebok x tentu hala..

opsss..
Quote AbukRokok 4-8-2023 01:01 PM
AMBO NOK ROYALTI
Quote orion_pax 4-8-2023 01:16 PM
Edited by orion_pax at 4-8-2023 01:18 PM

Maso mu duduk dale kerajae 33 bule tuh mu duk buat gapo?mahathir buwi 400 juta mu gi beli mercedes..gong punya lobai..mu tahu doh kos tinggi nak baiki paip n prasarana air di kelantan ni tinggi, jadi buatla sikit2..orang bagi 400 juta tu, mu ambikla 200 juta buat baiki paip..bodoh punya lobai..
Quote jejaka_hensem 4-8-2023 01:28 PM
Harap rakyat kelate bijak buat pilihan 12/08 nanti.
30 tahun memerintah,isu air pun x selesai2 lagi.apoo
Quote sharlenetexas 4-8-2023 01:32 PM
AbukRokok replied at 4-8-2023 01:01 PM
AMBO NOK ROYALTI

Rakyat dpt merasa tak agak2nya?
Makin seronok raja berbini dan poklobai beli mecedes.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.146075 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top