Kota Bharu: Dianaktitikan kerajaan pusat, menjadii punca masalah air di Kelantan tidak dapat diselesaikan hingga kini.
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, selama 30 tahun, Kelantan dijadikan anak tiri oleh Umno.
Tambahnya sebelum ini geran-geran dan peruntukan diberikan kepada negeri lain di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang bermula pada tahun 2000, tetapi Kelantan tidak diberikan.
Ahmad Fadhli Shaari, Foto: Harian Metro
"Negeri bawah BN dia bagi sumbangan, geran dan peruntukan dengan menganaktirikan Kelantan. Baru sekarang (Kerajaan Persekutuan) bagi (peruntukan) kepada Kelantan, itu pun secara hutang.
"Kita perlu geran bagi pembangunan air sebab rakyat semakin ramai, taman perumahan, rumah makin banyak didirikan tetapi paip tidak dapat diperbesarkan kerana tiada dana dan peruntukan.
"Sebab itu bila kita ada dalam kerajaan, perkara ini dibaiki dengan begitu pantas dengan tatacara dan tatakelola apabila peruntukan diberikan (kepada Kelantan)," katanya dalam Ceramah Pakat Pertahan Dewan Undangan Negeri (Dun) Meranti, Pasir Mas di sini, malam tadi.
Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, untuk membaiki dengan segera kerosakan yang dibuat dalam masa berpuluh tahun, ia bukannya perkara senang. -CARI
Sumber: Harian Metro |