Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, perawat Ar-Syifa mendedahkan seorang lelaki merana gara-gara ilmu hitam yang dilakukan oleh isterinya. Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menerima rawatan dengan menggunakan beberapa kaedah bagi membuang sihir tersebut dari dalam badannya.
“Nasib suami dapat isteri kuat cemburu, setiap hari diberi makan nasi tangas, dah macam lembu kena cucuk hidung..turut semua kemahuan si isteri. “Cemburu punya pasal, sanggup bagi suami makan makanan kotor dan jijik. Dah bertahun hidup bersama, tapi ada yang sanggup buat benda macam ini,” katanya. Mangsa turut mendedahkan dia sering mendengar isterinya cakap seorang diri malah, selalu melihat kelibat lembaga hitam di dalam rumahnya.
Kesan daripada perbuatan terkutuk isterinya itu, badannya sentiasa rasa lemah, terdapat ketulan tersumbat di tekak selain mengalami cirit-birit pada setiap malam. “Suaminya beritahu, ada yang pelik dirumah, selalu dengar isterinya bercakap seorang diri. Selalu nampak kelibat lembaga hitam di dalam rumah. “Badannya sentiasa rasa lemah, di tekak pun ada ketulan yang tersumbat. Setiap malam sakit perut cirit-birit dan kerap muntah darah, lepas maghrib je mesti bau kemenyan di dapur,” kongsinya. Dalam pada itu, difahamkan perawat Islam telah berjaya mengeluarkan benda-benda kotor di dalam perutnya selepas berjaya di rugyah. “Alhamdulilah selepas di rugyah keluar muntah benda-benda kotor di dalam perutnya,” ujarnya lagi. -CARI
|
ADVERTISEMENT