CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rayuan Minta Makanan Dedah Budak 4 Tahun Mangsa Dera

3-8-2023 09:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9392| Komen: 35

Ipoh: Rayuan meminta makanan dari dalam rumah, menyelamatkan kanak-kanak berusia empat tahun daripada terus menjadi mangsa dera penjaganya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kanak-kanak lelaki itu ditemui orang awam yang lalu di hadapan rumahnya jenis pangsapuri di Menglembu di sini, semalam.


TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan kesan kecederaan dialami kanak-kanak lelaki dipercayai didera ibunya dan teman lelaki.

Katanya, ketika ditemui, mangsa tinggal berseorangan di dalam rumah itu yang pintu jerijinya berkunci dan dalam keadaan lapar.

"Mangsa meminta makanan kepada orang awam yang berjalan di depan rumahnya, sebelum saksi melihat terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa.

"Saksi kemudiannya memaklumkan kepada polis pada 4.30 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Yahaya berkata, siasatan awal mendapati penjaga kanak-kanak itu hanya meninggalkan roti dan peket minuman malta coklat untuk dimakan sebelum keluar bekerja.

Katanya, susulan itu, polis menahan ibu kandung mangsa berumur 23 tahun serta teman lelakinya berumur 26 tahun di pangsapuri berkenaan kira-kira 7 petang hari sama.

Menurutnya, pasangan itu direman lima hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu, ujian saringan air kencing ibu mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci negatif dadah, namun teman lelakinya positif dadah methamphetamine.

Katanya, mangsa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini dan masih dalam pemerhatian, selain dia juga terputus hubungan dengan bapa kandung selepas ibu bapanya bercerai pada 2019.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 3-8-2023 09:09 PM
Celaka mak kandung yg dera anak...bangsa apa neh
Quote hareeeesah 3-8-2023 09:35 PM
Allah.. kesiannya.. gatal kawin muda akal pn xberapa ada pastu beranak ko pi dera ank. Bkn dia mintak ko lahirkn..
Quote plywood 3-8-2023 09:38 PM
banyak yang sakit jiwa didunia ini
Quote jazaa100 3-8-2023 10:51 PM
Kesiannya ....

Gatal p*** mak dia ni ...taik dadah pun kau sangap
Quote BumpIQ 3-8-2023 10:58 PM
kesian

nanti budak tu besar2 nanti mesti mental takkan stabil macam mek yah

mek yah dulu pun pernah kena dera sampai jadi gila dan bipolar
Quote Innrukia 3-8-2023 11:10 PM
semoga budak ni dilindungi hendaknya
Quote AcikCleaner 3-8-2023 11:13 PM
Alahai kesiannya..semoga mak dia dapat balasan setimpal sebab abaikan anak sendiri
Quote immi 3-8-2023 11:23 PM
Tmbh lg kes mak tunggal bersekedudukan dgn boifren pastu mendera
Quote edayildiz 3-8-2023 11:29 PM
kesiannmyaaaa...ex shuben mana..gila la..pjg umo bdk ni..pandai gak dia mitk mknn..sedihhh
Quote Lentera 4-8-2023 12:13 AM
4 tahun.. Apa dosa dia
Tentu lapar sangat tu. Kesiannya
Aku ni kalau tak cukup makan pun aku dulu kan budak2. Kenapa ada org tergamak buat anak sendiri mcm ni
Quote Orenn1 4-8-2023 12:30 AM
Kesianlah budak2 kena dera teruk2 ni, menjadi2 ye kes kat msia, jahatnya org. Tengok2 sama ye budak2 keliling korg klu ada apa2 yg disyaki terus report polis, dah boleh selamatkan satu budak. Kesian weiidorg tak blh pertahankan diri sendiri, berbekas2 kena pukul u ur masih terlalu budak. Adoiii apalah kejamnya donia ini.
Quote Didi_dido 4-8-2023 12:47 AM
Nasib baikla budak ni pandai mintak makan. Klo duk umah diam je alahai x tau jadi apa.
Quote LadyCarefree 4-8-2023 12:55 AM
Kesiannya. Patut hukuman wajib ialah mandulkan pompan dan lelaki ni. Lepas tu diikuti dengan sebatan dan penjara ke haper.
Quote ina_na 4-8-2023 01:00 AM
Kesian nye anak ni..mak nye gataii kalo x dpt pencil 2b kot..banyak kes mak nye rela menanggung biawak hidup demi pencil 2b..sampai anak mati dikerjakan..sakit ati BC kes2 mcm ni
Quote Atata 4-8-2023 01:24 AM
Kalau boyfren dia skrg kaki syabu, besar kemungkinan bekas laki dia set begitu juga. Ppuan2 takda sekolah lah ni selalunya, ambik sauk je laki
Quote CardiGans85 4-8-2023 07:22 AM
Astaga..teruk tu kena dera dgn bekas parut tu. Selamatkan lah budak ni
Quote adeqbun 4-8-2023 07:41 AM
hareeeesah replied at 3-8-2023 09:35 PM
Allah.. kesiannya.. gatal kawin muda akal pn xberapa ada pastu beranak ko pi dera ank. Bkn dia minta ...

kawen ke..mcm terbabas je...adoi kesiannya awak dik...smoga kene amik dgn JKM dan jgn la serah balik kat maknya..dh bape lame la tanggung lapar dan kesakitan sbb kene dera agaknya
Quote hareeeesah 4-8-2023 07:53 AM
adeqbun replied at 4-8-2023 07:41 AM
kawen ke..mcm terbabas je...adoi kesiannya awak dik...smoga kene amik dgn JKM dan jgn la serah bal ...

Katanya tu 2019 cerai.. kira sebaya umur bdk ni la dh 2023 ni. Pastu x contact dh dgn bpk kandung
Btul jkm ambik je la..
Quote airmineral 4-8-2023 08:06 AM
babi betul manusia dera budak ni
da la budak tu kecik lagi 4 tahun
ko bagi roti dgn air tu je?
moga budak ni selamat dan parent tu dpt cash la drpd tuhan

geram

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.250517 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top