Farid Kamil kata sukar membawakan watak sebagai legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek dalam filem GOLD yang akan ditayangkan tahun depan. Antara cabaran perlu dihadapinya termasuklah perlu menurunkan berat sehingga 60 kilogram bagi memastikan dirinya persis seperti pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta.
"Tak senang sebenarnya untuk saya bawa watak seorang atlet apatah lagi melibatkan Datuk Rashid Sidek yang mana seperti kita tahu beliau adalah legenda bagi sukan badminton. "Saya perlu buat latih tubi yang banyak semata-mata untuk dapatkan gerakan yang sama sepertinya. Bagi saya memang agak sukar. "Malah bukan itu sahaja, saya juga perlu turunkan berat badan dari 80 kilogram (kg) kepada 60 bagi saya nampak macam beliau dan ia mengambil masa yang agak lama lebih kurang dua bulan," katanya kepada Arena Metro.
|
diknaz replied at 3-8-2023 06:22 PM
Mesti tunjuk servis sidek yg diharamkan tu kan
anony-mous replied at 4-8-2023 08:23 AM
Apa tu uols? Explain sikit
zeetot replied at 4-8-2023 08:31 AM
Takde hairul azreen? Hahahah.
ketupatnasi replied at 4-8-2023 08:40 AM
dia pukul kat sisi bulu tangkis tu. pastu berpusing n pergi dalam arah yang susah nak ramal. tapi ...
ADVERTISEMENT