CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5624|Reply: 40

Buat Latih Tubi Banyak Untuk Dapat Gerakan Sama, Kena Turunkan Berat Sampai 60kg- Bukan Senang Farid Kamil Dan Jadi Rashid Sidek

[Copy link]
Post time 3-8-2023 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Farid Kamil kata sukar membawakan watak sebagai legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek dalam filem GOLD yang akan ditayangkan tahun depan.


Antara cabaran perlu dihadapinya termasuklah perlu menurunkan berat sehingga 60 kilogram bagi memastikan dirinya persis seperti pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta.


Foto: Harian Metro




"Tak senang sebenarnya untuk saya bawa watak seorang atlet apatah lagi melibatkan Datuk Rashid Sidek yang mana seperti kita tahu beliau adalah legenda bagi sukan badminton.


"Saya perlu buat latih tubi yang banyak semata-mata untuk dapatkan gerakan yang sama sepertinya. Bagi saya memang agak sukar.


"Malah bukan itu sahaja, saya juga perlu turunkan berat badan dari 80 kilogram (kg) kepada 60 bagi saya nampak macam beliau dan ia mengambil masa yang agak lama lebih kurang dua bulan," katanya kepada Arena Metro.




  



Untuk rekod, GOLD merupakan filem berdasarkan kisah benar atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou yang diarahkan oleh pengarah pecah panggung Adrian Teh.


Selain Farid Kamil, filem itu turut membariskan pelakon hebat tanah air seperti Jack Tan, Fabian Loo, Wan Raja dan Yasmin Hani.


Dalam pada itu Farid berkata, dia turut terhutang budi kepada Rashid, Datuk Misbun Sidek dan Datuk Seri Jalani Sidek yang banyak membantunya bagi menjayakan watak itu.


  



"Saya bangga dapat bawa watak Rashid dalam filem ini. Apabila saya bawa watak itu saya juga dalam masa sama dapat berjumpa dengan Rashid itu sendiri, Jalani dan Misbun yang merupakan kebanggaan saya sebagai rakyat Malaysia.


"Kesemua mereka ini sedikit sebanyak bantu saya dapat peroleh ilmu badminton secara langsung dan ia sangat berguna bagi menghayati watak yang saya bawa dalam filem GOLD," ujarnya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti tunjuk servis sidek yg diharamkan tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulanya igtkan GOLD tu film biography pasal Rashid Sidek.. baca kat bawah tu rupanya film biography atlet paralympic.. watak Rashid jadi coach rupanya.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak berapa suka Farid Kamil ni, selalu tukar channel kalau ada dia dalam movie. Cuma, dia macam bagus lakonannya sebab selalu diambik memegang watak orang hebat2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la ada job utk bayo hutang dan nafkah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah dh mcm reza rahadian.... filem2 berkualiti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2023 08:06 AM | Show all posts
okayyyyyyyyyyyyyy komen nk kutip kacang je
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:09 AM | Show all posts
maleh nk komen....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
diknaz replied at 3-8-2023 06:22 PM
Mesti tunjuk servis sidek yg diharamkan tu kan

Apa tu uols? Explain sikit
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap tak bunyi slang utara la ye
Sbb rashid tu org selangor
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:23 AM | Show all posts
wan raja tu berlakon acik suka tengok.
dia respek betul watak yang diberi waima picisan dalam drama pun.
semoga satu hari nanti wan raja dapat watak biography org besar....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejap jadi Anwar Ibrahim....kejap jadi Rashid....senang betul dapat role2 camni. Anwar angkat tangan jer sebulan dia practice. Ni service Sidek mau kena setahun practice.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde hairul azreen? Hahahah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:40 AM | Show all posts
anony-mous replied at 4-8-2023 08:23 AM
Apa tu uols? Explain sikit

dia pukul kat sisi bulu tangkis tu. pastu berpusing n pergi dalam arah yang susah nak ramal. tapi sekitar waktu memang mendonia anak sidek....Jailani...Misbun.. yang start service ni Misbun la.. Baru bagik service pun dah dapat mata free jahh..
asas diharamkan tu sebab pukulan kena kat bulu dan kepala bulu....dia kan tak boleh pukul dua kali....gitu kekdahnya Denmark beria memprotes....sementara Indonesia n China ok je. Scotland pun protes kot. ingat2 lupa la..maklum lah masa tu sibuk belek URTV daripada kolum sukan Utusan Melayu

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:33 AM | Show all posts
ada watak bRu lg
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:35 AM | Show all posts
untung kan bekas matpet pn masih ada org nak bagi dia job.  Opsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 09:57 AM | Show all posts
zeetot replied at 4-8-2023 08:31 AM
Takde hairul azreen? Hahahah.

bagus la takde chuollsss..iollsss turn off tv terus kalau nampak si terencat tu..better la tatap muka kacip ni at least berlakon helok x mumble cm si kekrul tu

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer buat filem bio anak2 sidek..Tgk versi kartun anak2 sidek x puas

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ketupatnasi replied at 4-8-2023 08:40 AM
dia pukul kat sisi bulu tangkis tu. pastu berpusing n pergi dalam arah yang susah nak ramal. tapi  ...

Wah hebat tu. Bukan setakat bijak bersukan tp bijak cari loophole. Negara yg haramkan dengki n lemah. Sedih skrg badminton kita org xtakut da
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Latih tubi ke tekan tubi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.049035 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list