GEORGE TOWN – Dicampak bapa saudaranya dari tingkat satu di sebuah blok di Flat Nusantara, Sungai Pinang, budak perempuan berusia dua tahun masih trauma. Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, adik kanak-kanak tersebut yang berusia sebulan dikatakan turut dihempas ke lantai rumah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan kejadian berlaku dan memberitahu, pihaknya menerima laporan terbabit pada pukul 9 malam tadi. Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berlaku dan setakat ini pihaknya belum mengambil keterangan daripada suspek. “Mangsa (kanak-kanak perempuan) sedang trauma dan suspek sedang menerima rawatan di hospital termasuk dua kanak-kanak tersebut. “Kita akan siasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan satu kenyataan akhbar berkaitan kes tersebut akan dikeluarkan nanti,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Kosmo.
Mengulas mengenai tahap kesihatan yang dialami suspek, beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan termasuk menunggu laporan penuh kejadian itu. Sementara itu, hasil temubual dengan seorang penduduk berhampiran mengatakan, mereka sebelum itu terdengar bunyi bising dari atas kediaman berkenaan disusuli dentuman kuat di atas bumbung. “Saya terus keluar dan terkejut melihat seorang budak kecil berumur dua tahun ada atas bumbung lalu jatuh ke bawah. Mulutnya berdarah, mungkin rahang patah. “Keluarganya terus bawa ke hospital. Adiknya berusia tiga minggu pula dikatakan dibaling ke lantai dan tak sempat dicampak ke bawah sebab dihalang orang yang ada di situ,” kata penduduk tersebut. Dakwa penduduk lagi, sebelum kejadian berlaku, suspek bertindak mencederakan pergelangan tangannya dan dia dikatakan mengalami masalah kesihatan sejak beberapa minggu lalu. Suspek disifatkan seorang yang baik dalam kalangan jiran dan rakan –CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT