CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1866|Reply: 5

Mulut Berdarah, Rahang Patah- Budak 2 Tahun Dicampak Pakcik Dari Tingkat 1 Trauma

[Copy link]
Post time 3-8-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN – Dicampak bapa saudaranya dari tingkat satu di sebuah blok di Flat Nusantara, Sungai Pinang, budak perempuan berusia dua tahun masih trauma.


Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, adik kanak-kanak tersebut yang berusia sebulan dikatakan turut dihempas ke lantai rumah.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan kejadian berlaku dan memberitahu, pihaknya menerima laporan terbabit pada pukul 9 malam tadi.


Foto: Kosmo




Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berlaku dan setakat ini pihaknya belum mengambil keterangan daripada suspek.


“Mangsa (kanak-kanak perempuan) sedang trauma dan suspek sedang menerima rawatan di hospital termasuk dua kanak-kanak tersebut.


“Kita akan siasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan satu kenyataan akhbar berkaitan kes tersebut akan dikeluarkan nanti,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Kosmo.


Mengulas mengenai tahap kesihatan yang dialami suspek, beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan termasuk menunggu laporan penuh kejadian itu.


Sementara itu, hasil temubual dengan seorang penduduk berhampiran mengatakan, mereka sebelum itu terdengar bunyi bising dari atas kediaman berkenaan disusuli dentuman kuat di atas bumbung.


“Saya terus keluar dan terkejut melihat seorang budak kecil berumur dua tahun ada atas bumbung lalu jatuh ke bawah. Mulutnya berdarah, mungkin rahang patah.


“Keluarganya terus bawa ke hospital. Adiknya berusia tiga minggu pula dikatakan dibaling ke lantai dan tak sempat dicampak ke bawah sebab dihalang orang yang ada di situ,” kata penduduk tersebut.


Dakwa penduduk lagi, sebelum kejadian berlaku, suspek bertindak mencederakan pergelangan tangannya dan dia dikatakan mengalami masalah kesihatan sejak beberapa minggu lalu. Suspek disifatkan seorang yang baik dalam kalangan jiran dan rakan –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 04:17 PM | Show all posts
campak dia dari tingkat 30
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 04:20 PM | Show all posts
Ni sakit mental le ni.. mana mak budak tu tengah berpantang kot kan? ee seriaunya
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 04:45 PM | Show all posts
dah knp pak sedara dia ni? penagih ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 05:14 PM | Show all posts
sama ada mental atau penagih
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 07:53 AM | Show all posts
nasib kola dik dpt pakcik gila
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 1.453246 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list