CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 17 Tahun Rogol Kenalan Bawah Umur Meringkuk Dalam Penjara Lepas Gagal Bayar Denda

3-8-2023 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2236| Komen: 11

Remaja berusia 17 tahun gagal membayar ikat jamin seperti diperintahkan Mahkamah Majistret Muar hari ini dan menjalani hukuman penjara atas pertuduhan merogol kenalannya di sebuah rumah dalam daerah ini, tahun lalu.


Tertuduh bersama rakannya berusia 18 tahun masing-masing didakwa atas satu pertuduhan merogol, namun mereka mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh.


Gambar hiasan - SelangorKini

Sebaik pengakuan tidak bersalah dibuat kedua-dua tertuduh, mahkamah kemudian memerintahkan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun hanya rakannya membayar ikat jamin.

Mahkamah juga memerintahkan supaya rakannya melapor diri di balai polis berdekatan serta tidak mengganggu atau menghubungi mangsa dan keluarganya.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh ketika itu berusia 16 tahun 17 tahun, didakwa merogol kenalannya berusia 12 tahun, September tahun lalu.


Berikutan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Siti Rohayu Salleh manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 September depan sebutan kes, serahan dokumen serta laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 3-8-2023 04:20 PM
apa sial la rogol dak pompuan baya skola rendah lagi?
Quote Yoonggi 3-8-2023 04:46 PM
takut la aku baca kisah2 budak zmn skrg. budak lg kot buat mende mcm ni.
Quote supernaturalee 3-8-2023 05:08 PM
"kedua-dua tertuduh ketika itu berusia 16 tahun 17 tahun, didakwa merogol kenalannya berusia 12 tahun, September tahun lalu"


astaghfirullah hal a'zim

Quote dua_chzy 3-8-2023 05:24 PM
Edited by dua_chzy at 3-8-2023 09:26 AM
Yoonggi replied at 3-8-2023 08:46 AM
takut la aku baca kisah2 budak zmn skrg. budak lg kot buat mende mcm ni.


1. Weols are in desperate need of sex ed.

2. Educate bebudak sekolah yang aktif ngesek untuk guna kondom. Peduli la PAS meroyan kata weola nak galakkan seks bebas. Pi mati la kau. Ko tengok aja budak2 Muslim yang blaja PI dari tadika sampai Tingkatan 5 ni tetap aktif berzina. Dah keinginan semulajadi manusia - camna nak halang? Better ajar deols tentang safe sex.

3. Walau inesen camna pun muka anak weols, jangan letak kepercayaan 100%. Sentiasa pantau dengan sapa heshe berkawan.

4. Jangan bagi sematfon kat anak2 kecik tanpa pemantauan/kawalan ketat. Buduh la kau. Menda tu la banyak kasik rosak otak budak2 zaman now.
Quote Lavender_Violet 3-8-2023 05:52 PM
dua_chzy replied at 3-8-2023 05:24 PM
1. Weols are in desperate need of sex ed.

2. Educate bebudak sekolah yang aktif ngesek untuk guna ...

Tapi Chegu, dlm kes ni point no 2 tu tak terpakai.
Point no 2 tu utk safe sex shj tapi tetap tak mampu elak budak2 ni mengeseks di sini sana
Mcm mana nak elak bila umur2 mcm tu desire tengah menggila

Kena penjara jugak eh budak ni walaupun remaja
Bukan masuk juvana school ke
Ke reman je tu sebab tak dapat bayar denda
Mak ayah dia tak mampu nak bayar lah tu
Atau memang mak ayah dia sengaja tak nak bayar utk 'ajar' erti kehidupan pada budak tu
Quote dua_chzy 3-8-2023 06:25 PM
Edited by dua_chzy at 3-8-2023 10:26 AM
Lavender_Violet replied at 3-8-2023 09:52 AM
Tapi Chegu, dlm kes ni point no 2 tu tak terpakai.
Point no 2 tu utk safe sex shj tapi tetap tak  ...


Point nombor 2 tu bukan untuk elak bebudak ngesek, tapi huntok meka practice safe sex jika aktif ngesek. Budak2 sekarang aktif ngesek. Percayalah. Jangan tertipu dengan tudong, songkok bagai. Hari ni penat aiols berceramah kat 2 budak Form 2 kelas agama pulak itu, siap bersongkok, selamba cakap pukimak bila tengok markah exam BI deols tak sampai 10%.

Sekolah lama aiols jarang dengar budak2 gini cakap pukimak. Sekolah baru ni lagik nokhorom pelajarnya.
Quote cmf_almondpecan 3-8-2023 06:28 PM
Bayar denda? Bukan ke dia gagal post bail tu pasal kena masuk dalam sementara tunggu bicara? Denda dan hukuman penjara tu lain sangat wartawan ni pun.
Quote Lavender_Violet 4-8-2023 07:16 AM
dua_chzy replied at 3-8-2023 06:25 PM
Point nombor 2 tu bukan untuk elak bebudak ngesek, tapi huntok meka practice safe sex jika aktif n ...

Tu mesti kat rumah family jenis suka maki hamun cakap benda2 gitu, chegu
Masyarakat kita makin tenat
Quote Thunderclouds 4-8-2023 07:43 AM
Budak² leni sekolah rendah pon dh pandai ngesek.
Acik porum perati la ank masing².
Know² blakang hgpa....hmmmmmmmmmmm
Jgn purcaya 100% walau ank bukak qor'an hari².
Tgk sun wukong,setad pedo tu suda..salah didikan makAyah dia ka sampai jd kuat zina?
Educate la ank sendri pasal safe sex. (Eventho hg yakin ank hg masih 'suci')
Xmustahil menda gini bole jd kt diri sendri.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.182436 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top