CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

OKU Guna Mop Lantai Bergaduh Dengan Pemandu Teksi, Rebah Kena Tumbuk

3-8-2023 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1594| Komen: 3

SINGAPURA – Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang bersenjatakan mop lantai bergaduh dengan pemandu teksi di kawasan parkir kenderaan dekat Bok 307, Hougang Avenue, Singapura.

Stomp melaporkan, dalam rakaman tersebut, kedengaran suara yang menyatakan bahawa pemandu teksi tersebut memukul orang kelainan upaya tersebut yang menunggang skuter khas untuk golongan OKU.


Lelaki berbaju corak kotak dan berjalan dalam keadaan tempang itu dilihat berlalu dari lokasi pertelingkahan dengan pemandu teksi tersebut sebelum  dia kembali dengan membawa mop lantai.

Foto: Stomp

Dia kemudian menggunakan pengelap lantai tersebut untuk memukul pemandu yang bertindak balas dengan melepaskan beberapa tumbukan, lantas menyebabkan OKU tersebut rebah.

Bagaimanapun, seorang wanita dan seorang lelaki lain dilihat campur tangan dengan meleraikan pergaduhan kedua-dua mereka.


Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai pergaduhan itu.

“Dua lelaki berusia 64 dan 65 tahun mengalami kecederaan ringan tetapi enggan dibawa ke hospital. Kedua-dua mereka kini sedang membantu siasatan polis,” kata polis. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-8-2023 07:53 AM
lantok kola ahso apekkk

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046165 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top