CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1551|Reply: 1

OKU Guna Mop Lantai Bergaduh Dengan Pemandu Teksi, Rebah Kena Tumbuk

[Copy link]
Post time 3-8-2023 02:44 PM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA – Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang bersenjatakan mop lantai bergaduh dengan pemandu teksi di kawasan parkir kenderaan dekat Bok 307, Hougang Avenue, Singapura.


Stomp melaporkan, dalam rakaman tersebut, kedengaran suara yang menyatakan bahawa pemandu teksi tersebut memukul orang kelainan upaya tersebut yang menunggang skuter khas untuk golongan OKU.


Lelaki berbaju corak kotak dan berjalan dalam keadaan tempang itu dilihat berlalu dari lokasi pertelingkahan dengan pemandu teksi tersebut sebelum  dia kembali dengan membawa mop lantai.


Foto: Stomp




Dia kemudian menggunakan pengelap lantai tersebut untuk memukul pemandu yang bertindak balas dengan melepaskan beberapa tumbukan, lantas menyebabkan OKU tersebut rebah.


Bagaimanapun, seorang wanita dan seorang lelaki lain dilihat campur tangan dengan meleraikan pergaduhan kedua-dua mereka.


Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai pergaduhan itu.


“Dua lelaki berusia 64 dan 65 tahun mengalami kecederaan ringan tetapi enggan dibawa ke hospital. Kedua-dua mereka kini sedang membantu siasatan polis,” kata polis. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 07:53 AM | Show all posts
lantok kola ahso apekkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.074632 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list