PETALING JAYA – Seorang wanita mengingatkan kaum hawa agar tidak mudah tertipu, pastikan selidik dahulu latar belakang lelaki sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Katanya menerusi Twitter, dia berasa sedih dengan kisah seorang wanita yang telah diugut oleh suami untuk menjual anak dalam kandungan semata-mata untuk menlangsaikan hutang ah long sebanyak RM30,000.
Menurut tangkap layar yang dikongsikan, mangsa berkahwin atas saranan keluarga dan mereka bertaaruf terlebih dahulu sebelum bernikah. Mengulas lanjut tentang kes berkenaan, wanita itu menjelaskan bahawa ramai wanita salah faham tentang konsep taaruf dalam Islam yang sebenar. “Taaruf kena buat sebelum nikah, bukan selepas. Kepada wanita di luar sana, jangan salah faham dengan konsep taaruf. “Jika pilih untuk taaruf, pasangan akan bercinta selepas bernikah. Namun, kita perlu selidik latar belakang lelaki tersebut sebelum berkahwin,” jelasnya.
Di ruangan komen, ramai wanita berkongsi pengalaman mereka ketika bertaaruf dengan pasangan masing-masing. “Semasa taaruf, gunakan peluang yang ada untuk berkenalan dan selidik latar belakang pasangan, siapa kawan-kawan mereka, apa minat, tujuan hidup pasangan dan sebagainya,” kata Zehan. “Jangan kenal selepas nikah, sepatutnya bercinta selepas nikah. Saya berkenalan dengan pasangan selama tiga bulan kemudian bertunang selama lapan bulan sebelum bernikah. “Saya ambil masa yang ada untuk kenali pasangan dan selidik latar belakang sebelum kahwin,” kata Ena.-CARI Sumber: Kosmo
|
sagiman91 replied at 3-8-2023 02:38 PM
Bertunang ni lah tempoh kenal mengenal... bukan bermaksud bertunang kompom kahwen...
tapi masyaraka ...
hayrin86 replied at 3-8-2023 04:40 PM
Jangan ingat wanita salah pilih suami aje, ada juga lelaki salah pilih isteri pasal tak faham konsep ...
ADVERTISEMENT