View: 2249|Reply: 7
|
Ramai Wanita Salah Pilih Suami Sebab Tak Faham Konsep- "Taaruf Sebelum Nikah, Bercinta Yang Selepas Nikah"
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang wanita mengingatkan kaum hawa agar tidak mudah tertipu, pastikan selidik dahulu latar belakang lelaki sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Katanya menerusi Twitter, dia berasa sedih dengan kisah seorang wanita yang telah diugut oleh suami untuk menjual anak dalam kandungan semata-mata untuk menlangsaikan hutang ah long sebanyak RM30,000.
Menurut tangkap layar yang dikongsikan, mangsa berkahwin atas saranan keluarga dan mereka bertaaruf terlebih dahulu sebelum bernikah.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/03/134744bm33pz0mwneesmmz.png) Gambar Hiasan
Mengulas lanjut tentang kes berkenaan, wanita itu menjelaskan bahawa ramai wanita salah faham tentang konsep taaruf dalam Islam yang sebenar.
“Taaruf kena buat sebelum nikah, bukan selepas. Kepada wanita di luar sana, jangan salah faham dengan konsep taaruf.
“Jika pilih untuk taaruf, pasangan akan bercinta selepas bernikah. Namun, kita perlu selidik latar belakang lelaki tersebut sebelum berkahwin,” jelasnya.
Di ruangan komen, ramai wanita berkongsi pengalaman mereka ketika bertaaruf dengan pasangan masing-masing.
“Semasa taaruf, gunakan peluang yang ada untuk berkenalan dan selidik latar belakang pasangan, siapa kawan-kawan mereka, apa minat, tujuan hidup pasangan dan sebagainya,” kata Zehan.
“Jangan kenal selepas nikah, sepatutnya bercinta selepas nikah. Saya berkenalan dengan pasangan selama tiga bulan kemudian bertunang selama lapan bulan sebelum bernikah.
“Saya ambil masa yang ada untuk kenali pasangan dan selidik latar belakang sebelum kahwin,” kata Ena.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Bertunang ni lah tempoh kenal mengenal... bukan bermaksud bertunang kompom kahwen...
tapi masyarakat melayu, terlalu prejudis kepada status "Putus Tunang". padahal bertunang adalah masa untuk kenal pasangan dan pada masa sama utk menghalang dari org lain masuk kacau kau dgn tunang kau.
ni kau pergi belasah majlis merisik bagai nak rak, lebih dari majlis kahwen. bertunang pun majlis grandvaganza, mmg lah ko malu nak putus. majlis grand2 ni, kau tu jenis tak nak kurang dari org lain. nak jgk lebih walau sedikit dari jiran sebelah.
kenal2 lah dulu...manusia tak perfect dan takkan perfect. kalau setakat bini ko tak reti nak lipat baju, laki ko jenis kesat tangan kat langsir, terima jer lah...benda tu boleh dibaiki... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak aku, semua profile partner dorang aku check. Taaruf nampak yg depan mata je. Kat online selalu kita ni akan bertukar... |
|
|
|
|
|
|
|
iollz tak boleh judgemental sgt berkenaan jodoh sbb kdg2 perkara ni ikut nasib kita jugak sapa yg dtg dkt kita dan siapa yg berada dlam circle kita... but dengan adanya online dating, kita dpat more sample outside and more choices available, dari situ kita filter one by one... sbb tu pentingnya ikhtiar dan memperbaiki diri dulu baru ada potential match...jgn harapkan bulan jatuh ke riba dan esoknya mamat kpop datang melamar... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ingat wanita salah pilih suami aje, ada juga lelaki salah pilih isteri pasal tak faham konsep yang dimaksudkan ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo???? |
|
|
|
|
|
|
|
sagiman91 replied at 3-8-2023 02:38 PM
Bertunang ni lah tempoh kenal mengenal... bukan bermaksud bertunang kompom kahwen...
tapi masyaraka ...
Betul sgt2 sbb tu dlm islam tunang elok dirahsiakan |
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 3-8-2023 04:40 PM
Jangan ingat wanita salah pilih suami aje, ada juga lelaki salah pilih isteri pasal tak faham konsep ...
Lelaki boleh ceraikan isteri anytime. Prempuan xsemudah tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|