Tular sebuah hantaran di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini mengenai seorang gadis ditinggalkan teman lelaki selepas menggugurkan kehamilan sebanyak tiga kali sehingga mandul. Menerusi beberapa tangkap layar yang dikonsgikan, dipercayai individu yang membuat pendedahan itu merupakan kawan kepada gadis itu sendiri.
Katanya, lelaki itu seorang yang baran apabila mereka bergaduh dan meminta gadis itu melakukan perbuatan jijik dengan memuakan nafsunya sebagai cara untuk memujuknya. Tambahnya, lelaki itu melarikan diri daripada janjinya mahu bertunang dengan gadis itu selepas kedua-dua keluarga mengetahui mengenai perbuatan terkutuk mereka demi masa depan dirinya sendiri. Bagaimanapun, tuan empunya badan yang menyedari kisahnya kini mendapat perhatian ramai, tampil menjelaskan perkara sebenar. Katanya, tidak semua yang diceritakan adalah benar dan rakannya mungkin tersalah faham mengenai apa yang berlaku. Gadis itu membuat penjelasan kerana enggan pihak lelaki sahaja dipersalahkan dan dia mendakwa lelaki itu sebenarnya meminta dia melepaskannya demi masa depan masing-masing untuk kembali ke pangkal jalan. Dia berharap semua pihak berhenti memburuk-burukkan lelaki itu. Melihat ruang komen, ramai bengang dengan 'update' daripada gadis berkenaan. - CARI
|
putriTS replied at 3-8-2023 01:35 PM
Agak bodoh alang ye budak pmpuan ni. Kawan tu nak back up dia, dia masih lagi nak menangkan laki tu. ...
ADVERTISEMENT