Terharu dengan sokongan dan sebagai tanda penghargaan, Datuk Fizz Fairuz menjadikan isteri dan anak-anaknya sebagai penerbit bersama dalam filem sulung arahannya, Mat Tudung Begins. "Terus terang saya katakan, mereka inilah yang sentiasa ada dengan saya dari awal sehingga ke hari tayangan ini. Kadang-kadang saya pergi mesyuarat dan sebagainya, mereka turut ikut sehingga ke lewat malam.
"Jadi, berbaktinya anak-anak dan isteri saya ini sebagai tulang belakang untuk memberikan kekuatan menempuhi liku-liku dalam beberapa tahun ini. Bukan tempoh yang singkat, lapan tahun saya menunggu untuk mendapat keizinan dan menjalani penggambaran selama setahun lebih. "Pulang lewat sehingga jam 2 hingga 3 pagi, jadi mereka sentiasa ada pada saat-saat itu. Walaupun tidak membantu, namun cukuplah hanya dengan bertanya khabar dan memberikan sokongan dari segi mental dan fizikal.
"Jika saya balik lewat pagi, esok pasti bertanya jam berapakah saya pulang dan mereka meminta saya mendapatkan rehat yang cukup. Cukup, itu pun macam kerja dah bagi saya. Semangat yang ada terus membuatkan saya terus semangat untuk teruskan dalam industri ini," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT