View: 2396|Reply: 9
|
Fizz Fairuz Jadikan Isteri Dan Anak-Anak Sebagai Penerbit Bersama "Mereka Tidak Membantu Tapi Selalu Sokong Dari Segi Mental Dan Fizikal"
[Copy link]
|
|
Terharu dengan sokongan dan sebagai tanda penghargaan, Datuk Fizz Fairuz menjadikan isteri dan anak-anaknya sebagai penerbit bersama dalam filem sulung arahannya, Mat Tudung Begins.
"Terus terang saya katakan, mereka inilah yang sentiasa ada dengan saya dari awal sehingga ke hari tayangan ini. Kadang-kadang saya pergi mesyuarat dan sebagainya, mereka turut ikut sehingga ke lewat malam.
Foto: IG
"Jadi, berbaktinya anak-anak dan isteri saya ini sebagai tulang belakang untuk memberikan kekuatan menempuhi liku-liku dalam beberapa tahun ini. Bukan tempoh yang singkat, lapan tahun saya menunggu untuk mendapat keizinan dan menjalani penggambaran selama setahun lebih.
"ulang lewat sehingga jam 2 hingga 3 pagi, jadi mereka sentiasa ada pada saat-saat itu. Walaupun tidak membantu, namun cukuplah hanya dengan bertanya khabar dan memberikan sokongan dari segi mental dan fizikal.
"Jika saya balik lewat pagi, esok pasti bertanya jam berapakah saya pulang dan mereka meminta saya mendapatkan rehat yang cukup. Cukup, itu pun macam kerja dah bagi saya. Semangat yang ada terus membuatkan saya terus semangat untuk teruskan dalam industri ini," katanya kepada Harian Metro.
Selain Fizz selaku penerbit filem berkenaan, nama isterinya, Datin Almy Nadia serta empat anak perempuannya selaku penerbit bersama.
Ditanya mengenai sasaran kutipan filem Mat Tudung Begins, Fizz berharap, filem itu dapat mencapai kutipan sebanyak RM10 juta.
Fizz berkata, tidak salah mereka meletakkan angka sasaran itu dan sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Selain Fizz, Mat Tudung Begins dibintangi Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi, Fazlina Ahmad Daud dan pempengaruh media sosial Indonesia, Mimi Peri.
Filem berkenaan mula ditayangkan di semua pawagam bermula hari ini. -CARI
Sumber: Harin Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
laaaa... takde sapa2 nak komen ker nih???
laku lagi ker filem2 macam nih?? |
|
|
|
|
|
|
|
okayyyyyyyyyyyyyy komen nk kutip kacang je |
|
|
|
|
|
|
|
Wtf??? Ni baru la first time iols peghati betul2 si almy ni ya hampon almy, dah 3 kali ganda size dah ni almy weh, dulu kemain sekeping. Kalau chuols dah gemuk dari zaman anak dara idok la iols nak kisah, tapi chuols ni dulu kurus mengalahkan model dulu, awat la tak jaga badan almy oiii. Untuk tak ot, takde influencer2 sangkak buat review pasal film ni ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bini tu 10thn xnk ikut pegi event sbb gemok tp laki xpaham2 jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Berharap kutioan sebanyak rm10juta.. hmmm semoga berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
The daughters semua cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Brp dah kutipan mat tudung begin ni |
|
|
|
|
|
|
|
yang baju hitam tgh2 tu anak sulung dia ke? sori i x kenal anak2 nya..kenal almy dgn paspispus ni je |
|
|
|
|
|
|
| |
|