CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kurung Wanita Selama 14 Tahun Dan Jadikan Hamba Seks, Rogol Lebih 1000 Kali

3-8-2023 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3808| Komen: 33

Moscow: Seorang lelaki di Rusia ditahan kerana didakwa mengurung seorang wanita sebagai hamba seks selama 14 tahun di rumahnya di Chelyabinsk.

New York Post melaporkan, mangsa dikenali Ekaterina yang kini berusia 33 tahun, mendakwa dikurung sejak 2009 dan diperkosa lebih 1,000 kali.


Suspek, Vladimir Cheskidov, 51, juga didakwa membunuh seorang wanita lain di rumah sama, pada 2011.

Vladimir Cheskidov, Foto: New York Post

Cheskidov ditahan selepas Ekaterina, melarikan diri dengan bantuan ibunya sebelum pergi ke balai polis.

Ekaterina memberitahu polis bahawa dia dibenarkan keluar dari bilik tidur untuk melakukan kerja rumah selain mendakwa berulang kali diseksa, juga dipukul dengan kejam kerana isu-isu kecil.

Polis menggeledah rumah satu tingkat Cheskidov di kampung Smolino dan menemui koleksi mainan seks dan cakera padat (CD) yang mengandungi video pornografi.


Cawangan tempatan Jawatankuasa Penyiasatan Rusia mengesahkan penemuan mayat manusia di ruang bawah tanah rumah itu.

Memetik pegawai penyiasat, Russia Today berkata bahawa Cheskidov bertemu Ekaterina yang ketika itu berumur 19, pada 2009 dan mengajaknya minum minuman alkohol di rumah yang didiaminya sebelum mengurungnya di sana sejak itu.

Cheskidov menghidap penyakit mental dan selepas keadaannya semakin teruk, dia dibawa ke hospital tempatan dan ia memberi peluang kepada Ekaterina untuk melarikan diri dari rumah itu.

Ekaterina memberitahu polis bahawa Cheskidov membawa seorang lagi banduan wanita ke dalam rumah, yang dibunuhnya selepas mereka bergaduh pada 2011.

Berikutan itu, Cheskidov menghadapi tuduhan membunuh, merogol dan menculik. Lelaki itu kini ditempatkan di institusi mental dan diletakkan di bawah pengawasan polis. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 3-8-2023 12:24 PM
ksiannyue kat si eka ni..harap x gila sebab trauma kena memacam dulu..
Quote OshinDaSolja 3-8-2023 12:35 PM
sbb tu iollz tak berani travel ke Russia... entah rsa mcm tak selamat je negara tu... walaupun berbaloi dari segi currency exchange, tp it's still safety is number one... lpas tengok movie Hostel part 1, iollz rsa all those violences wujud jer in real life...scary
Quote chiyoasuka 3-8-2023 01:03 PM
scaryyyy!!
Quote supernaturalee 3-8-2023 02:35 PM
klu di us ada kes yg smpi beranak pinak

mental torture yg smpi tahap x blh beza yg org tu buat salah
smpi ada rasa attachment tu

Quote ketambangkang 3-8-2023 02:51 PM
gile ah..14 thn hdup dlm ketakutan
Quote Firenzza 3-8-2023 03:04 PM
X pregnan plk eka nih
Quote Sazreena 3-8-2023 03:35 PM
Walaupun traumatizing giler tapi syukurlah xde anak ke apa. Kalau gugur tu aku tak heran sbb mamat ni ganas dan saiko.
Quote plywood 3-8-2023 03:44 PM

Alleged rape victim Ekaterina

Ekaterina, 33, told police that she had been raped by Cheskidov more than 1,000 times.

****
Is Ekaterina a Russian name?

It's a Russian variant of Catherine, which is thought to derive from the Greek word katharos, meaning “pure.” A fitting name for your pure-hearted little bundle! Another commonly-used Russian variant of this name is Yekaterina, with popular shortened forms including Katya and Katyusha.16 May 2023
Quote plywood 3-8-2023 03:46 PM

Ekaterina escaped from Cheskidov’s home in the village of Smoleno on Monday after he was taken to a mental hospital.
Quote plywood 3-8-2023 03:47 PM

Ekaterina accused Cheskidov of keeping her confined to a bedroom with bars on the windows and a heavy barn padlock on the door.
Quote plywood 3-8-2023 03:48 PM

The suspect allegedly would only let the victim out to perform house chores, but would be following her around with a knife.
Quote plywood 3-8-2023 03:49 PM

A search of the basement uncovered human remains allegedly belonging to a woman whom Cheskidov had allegedly killed and butchered in 2011.
Quote plywood 3-8-2023 03:51 PM

Cops seized sex toys, muzzles and CDs containing pornography from Cheskidov’s home.
Quote tri-max 3-8-2023 03:51 PM
macam kandang haiwan,teruk betul
ada tgk satu movie tajuk girls in box
lebih kurang la mcm ni, mental
irl pun masih wujud.. jiran2 tak rasa bersalah ke selama 14 tahun tu
Quote plywood 3-8-2023 03:52 PM

In court Tuesday, a haggard-looking Cheskidov tearfully claimed that he and Ekaterina shared a “mutual love.”
Quote plywood 3-8-2023 03:53 PM

Valentina Cheskidova, 72, the suspect’s mother, has been charged with kidnapping
Quote pocongkiutss 3-8-2023 03:54 PM
Russia mmg scary hurkeh

Siap ada beberapa kes cannibal lagi kan

https://www.thesun.co.uk/news/4550298/inside-the-russian-cannibal-familys-house-of-horrors-where-they-killed-and-ate-30-people-lured-from-dating-sites/
Quote plywood 3-8-2023 03:54 PM

Cheskidova defended her son, claiming that Ekaterina lived with him willingly and behaved “like a queen.”
Quote plywood 3-8-2023 03:54 PM
... spt kelihatan ada plot twist

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.100290 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top