Tular video peniaga durian didatangi inidvidu bersenjatakan pistol dalam kejadian di persimpangan jalan Kilang Pascorp Paper, Benys, Bentong pada Rabu. Kejadian dirakam pengguna jalan raya yang berada di sekitar kawasan itu kemudian ditularkan di media sosial.
Menerusi video tular berdurasi 26 saat itu, lelaki disyaki menyamun peniaga tepi jalan itu kelihatan bergegas keluar dari gerai berkenaan sambil memegang sepucuk pistol di tangannya. Suspek kemudian dilihat menaiki sebuah Proton Wira dengan nombor plat WFN623 dan dipercayai menuju ke arah Kuantan. Namun, kerugian dialami mangsa masih belum diperolehi.
IG Majoriti Menurut maklumat awal orang awam, individu tersebut difahamkan telah berjaya diberkas pihak berkuasa, namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. Sumber: Majoriti |
ADVERTISEMENT