CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjam-Jam Hon Sebab Kereta Dihalang, Wanita Tunggu 3 Jam Angkara Double Park "Pemilik Kereta Bagi Alasan Sakit Kanser"

3-8-2023 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2885| Komen: 11

PETALING JAYA – Seorang wanita terpaksa menunggu hampir tiga jam di ruang parkir gara-gara keretanya dihalang oleh kenderaan lain di sebuah apartmen.

Menerusi perkongsian Siti Nur Aisah Afandi di Facebook dia terpaksa menghubungi pihak polis untuk membantu gara-gara gagal memanggil pemilik kenderaan terbabit.


Foto: FB

“Kau orang tengoklah macam mana nak keluar, dua jam aku hon tak ada siapa yang keluar. Kemudian jerit panggil dalam 10 minit tapi masih tak keluar.

“Jadi saya hubungi polis terdekat. Polis sampai sahaja tak smpai 20 minit pemilik keluar tak pakai baju. Dia beritahu yang dia lupa.

“Semalam tak ada parkir jadi dia letak lah situ. Dia minta maaf dia cakap dia sakit kanser. Saya ini jenis cepat kasihan, saya tak marah sikit pun tak marah dekat dia, tapi abang polis sahaja lah yang marah,” kongsinya dalam satu hantaran.


Menurut wanita itu, polis yang datang membantu ingin bertindak menghubungi pihak lori tunda bagi mengalihkan kenderaan tersebut namun, belum sempat berbuat demikian pemilik kenderaan terbabit telah munculkan diri.

“Okey selesai. Kawan aku cakap dia (pemilik kenderaan) sakit bukan pekak, betul lah kan. Dekat tiga jam menunggu, boleh ke kau orang sabar macam aku?.

“Polis nak hubungi ‘towing’ tapi pemilik kereta dah keluar,” tambahnya.

Perkongsian wanita itu menjadi tular dan turut dikongsikan di kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini sehingga menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Kalaua saya, tak sampai sejam ‘towing’ dah tarik kereta itu, kalau nak ‘double park’ (parkir berlapis) peka la, jangan susahkan orang lain,” pesan Ahmad Saibullah.

“Kalau kawasan apartmen memang masalah parkir, PBT (pihak berkuasa tempatan) perlu main peranan atasi masalah ini, kadang itu kereta kena halang macam ini dah lewat nak ke kerja,” luah Ayuni Mirza. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-8-2023 07:54 AM
kalau aku dah mngamuk xsmpi stgh jam pon aku dah meledak
Quote asfaz 4-8-2023 07:56 AM
sabarnya tunggu . Kalau ai la,dah hon dah jerit kau buat tak dgr. mmg call polis terus.
Alasan kanser tp bila polis dtg eh reti pulak kau terus turun eh
Quote aint 4-8-2023 08:01 AM
hmm... kalo iols... mmg takkan tunggu nye... nmpk jer org park blkg keta, tak letak no phone utk hubungi, call polis dn towing truck...
Quote sara_thrash 4-8-2023 08:02 AM
berjam-jam hon tak keluar2 polis datang tak sampai setengah jam dah muncul so nampak sangat memang sengaja. nasib baik perempuan kalau lelaki kena pulak yang jenis baran mau pecah dah cermin kereta tu.
Quote sambaldurian 4-8-2023 08:06 AM
Nk ckp kanser xleh jalan jauh la tu. Tp aku ada je bengang aritu depan aku ada satu lot parking kosong. Dtg org , terus double park dpn aku. (Konon2 nk cepat g klinik). Stress je aku rs. Sbb ada lot parking kosong kot, pemalas nk masuk parking.
Quote ultra78 4-8-2023 08:15 AM
Di malaysia patut ada undang-undang wajibkan si pembeli tu tunjuk bukti dia ada parking di rumah dan permit tu pbt yg keluarkan
Quote fefeeling 4-8-2023 08:49 AM
Betul ke kalau nak pedajal kete org, ada yg ckp pecahkan lampu belakang or lampu signal blakang sebab nak ganti mahal?
Quote chiyoasuka 4-8-2023 09:12 AM
klu jenis aku yg xda kesabaran, xboleh nak tunggu 3 jam mcm ni
Quote otai_g 15-9-2024 12:21 PM
Simbah minyak tanah bakar je kereta yg block tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.191101 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top