CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjara Atau Denda Kalau Berhenti Melebihi Garisan Putih

3-8-2023 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3020| Komen: 20

Pengguna jalan raya diingatkan supaya tidak memberhentikan kenderaan melebihi garisan putih kerana boleh dipenjara dan denda.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, Op Garisan Putih antara yang telah dilaksanakan menerusi Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas di seluruh negara.



Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan melebihi garisan putih boleh dikenakan tindakan penjara dan denda. (Gambar kecil: Mohd Nasri)

Menurutnya, salah satu daripada operasi yang dijalankan ialah Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) iaitu tidak boleh memberhentikan kenderaan di lintasan.

"Ia menyatakan bahawa pemandu kenderaan tidak boleh menyebabkan kenderaan atau mana-mana bahagian kenderaannya berhenti di dalam kawasan lintasan melainkan sama ada dia dilarang daripada bergerak oleh keadaan yang diluar kawalannya atau jika perlu baginya untuk berhenti bagi mengelakkan kemalangan.


"Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.


PDRM menerusi JSPT melaksanakan Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas di seluruh negara.

Beliau berkata, pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak berhenti melebihi garisan putih kerana perbuatan ini adalah salah satu punca berlakunya kesesakan jalan raya selain mengundang kemalangan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

"Pastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi," ujarnya.

Pada 28 Julai, JSPT Bukit Aman memaklumkan pelaksanaan enam operasi khas bagi mendidik dan pertingkat kesedaran kepada pengguna jalan raya, meliputi Op Lampu Isyarat Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Halangan Lalu Lintas, Op Garisan Putih, Op Parkir Haram dan kempen Op Didik.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OshinDaSolja 3-8-2023 12:51 PM
okie noted...but sometimes garisan putih pun pudar dan takde langsung... mcm mna nk nmpak... Malaysia punya road marking sangat2 la low class...JKR sila check material apa yg contractor guna...
Quote Skuau 3-8-2023 01:02 PM
denda...pastu dpt diskaun...tuk pa???
Quote bulalof 3-8-2023 01:15 PM
repair lah alan dulu. teruk sgt. sampai kereta dan motor rosak. sibuk sgt nak saman. ingat duit senang cari ke?
Quote ninja boy 3-8-2023 01:46 PM
tebang la semua pokok majlis daerah sepanjang 10 meter kat simpang  menghalang pemadangan kiri kanan
Quote ifanonline 3-8-2023 02:48 PM
kuatkuasakan...sembang camni babi pun boleh
Quote B40tastePosh 3-8-2023 02:54 PM
Make sure garis garis tu masih terang helok dan berkualiti macam baju polis trafik tu.

Jangan baju polis trafik je putih tapi garisan pudar.
Quote matamata 3-8-2023 02:54 PM
Undang2 ni mmg dah lama ada...cuma tak enforce
Quote haruslah 3-8-2023 02:58 PM
Repair bagi terang baru saman
Ni bila jalan waktu malam gelap
Lampu pun malap
Mana mau nya nampak line
Quote Skuau 3-8-2023 03:00 PM
matamata replied at 3-8-2023 02:54 PM
Undang2 ni mmg dah lama ada...cuma tak enforce


sini malezia..saiya tada nampak itu undang2...kalo ada...saiya suda kena tangkap...pon-PATI
Quote Supersirap 3-8-2023 03:19 PM
Lepas ni kena berhenti sebelum garis putih
Quote jejaka_hensem 3-8-2023 04:10 PM
Dulu ada sorang forumer pernah bagitau,dekat dubai ke mana tah kalau melebihi garisan putih terus kena saman.
Oleh sebab itu(teringat titik tiga dlm subjek math dulu),tiap kali stop dekat traffic lite,memang akan berhenti belakang garisan putih,kalau stop depan sekali la
Tapi biasanya,stop belakang kereta lain
Quote edayildiz 3-8-2023 04:12 PM
mmg jln terukkk ..pastu garisan pun mcm pprt..i is confius tau setiap pg
Quote Lagubestbest 3-8-2023 04:16 PM
tepi-tepi pavilion depa saman tak?
Quote AbukRokok 3-8-2023 04:35 PM
Jadi apa motif dan moralnya?
Kesalahan kecil terlajak 10 cm sampai nak penjara 6 bulan nak dikuatkuasakan?
Quote Jitu 3-8-2023 10:13 PM
kadang2 terlanjur ehh terlajak
skrg ni byk betul yg guna lampu putih tak ikut spec
takde tindakan ke
lg bahaya, kadang2 tu smpi langsung tak nampak jln sbb silau giler
Quote jazaa100 3-8-2023 10:48 PM
jejaka_hensem replied at 3-8-2023 04:10 PM
Dulu ada sorang forumer pernah bagitau,dekat dubai ke mana tah kalau melebihi garisan putih terus ke ...

Pulak.....kata auto traffic light ni tak blh detect sebelah mana keta byk klu tayar tak kena garisan putih tu.....nanti traffic light lambat hijau ....
Quote noor2 3-8-2023 10:59 PM
Garisan putih kat traffic light dan semua tempat berhenti lah kan...
Quote jejaka_hensem 3-8-2023 11:43 PM
jazaa100 replied at 3-8-2023 10:48 PM
Pulak.....kata auto traffic light ni tak blh detect sebelah mana keta byk klu tayar tak kena garis ...

Yg garisan detect tayar tu bukan line putih tu sis.dia garisan/petak,tapi xde warna.cuma garisan atas tar tu je.
Sila rujuk gambar di bawah

Screenshot_20230803-234141_Opera.jpg

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055278 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top