CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sembang Lucah Dengan Perempuan Melayu, Tukang Gunting Rambut Diburu Polis

3-8-2023 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2753| Komen: 7

Berikutan penularan kes wanita tempatan menjadi mangsa gangguan seksual di sebuah pasar raya di Manjoi, seorang tukang gunting rambut kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian semalam daripada seorang wanita berumur 37 tahun.



Gambar hiasan - YouTube Awie Barber

Dia mendakwa diganggu secara seksual oleh suspek lelaki disyaki warga India semasa menunggu suspek menggunting rambut anak lelakinya pada 1.25 tengah hari kelmarin (1 Ogos).

Menurut Yahaya, pihaknya terkesan dengan isu tular terbabit yang dikongsikan pemilik akaun FB bernama 'Siti Hajar Ghazali' yang mana turut mendapat perhatian masyarakat.

Katanya, suspek bagaimanapun dipercayai sudah melarikan diri selepas kejadian.

"Polis mengesahkan menerima satu laporan polis daripada wanita berkenaan, semalam, yang membuat laporan di Balai Polis Jelapang.


"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan D11, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendan Yap Siew Cheng di talian 012-9093362," katanya menerusi kenyataan malam tadi.




Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta

Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Difahamkan, sewaktu kejadian, suspek menggunting rambut anak mangsa cuba mengajak mangsa berbual dalam Bahasa Melayu, namun mangsa tidak mengendahkannya, sebelum suspek dikatakan seolah-olah bercakap seorang diri dan mengeluarkan kata-kata lucah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 3-8-2023 11:34 AM
Edited by Simunggu at 3-8-2023 11:35 AM

contoh cerita lucah tu apa? kadang kadang tak adalah lucah sangat tapi kalau perempuan jenis introvert atau lindungan kaabah memanglah..
Quote B40tastePosh 3-8-2023 02:47 PM
Sembang Cerita Cikgu Suraya ke?
Quote Sazreena 3-8-2023 03:11 PM
Bongok jugak ada hati nak tinggalkan 6 tahun tu. Dah depan ko dia leh melucah..takat budak 6 tahun anything dia boleh buat.
Quote otai_g 3-8-2023 03:23 PM
Tkg gunting tu sembang dgn sapa? X kan dia sembang dgn rakan senegara dlm bahasa melayu
Quote Firenzza 3-8-2023 03:28 PM
Dh main hp tu apesal x rakam bideo time India tu melucah,  pastu masuk dlm TikTok biar netizen buat kerja seterusnya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.160171 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top