CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu E-Hailing Pening Hadap Kerenah Penumpang- Bangladesh Bawa Ayam Hidup, Arab Mulut Manis, Afrika Bau Tengik, Gaya T20 Tapi Balik PPR Je

3-8-2023 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4386| Komen: 37

Seorang pemuda dikenali sebagai Farhan Ismail berkongsi mengenai ragam dan kerenah penumpang berdasarkan pengalamannya sebagai pemandu e-hailing.

“Kalau orang Afrika, selalunya lambat. Sebelum 5 minit dia sampai (ke destinasi), selalu minta singgah ke 7Eleven atau Speedmart.


“Kalau dah naik, kereta akan mendap ke bawah sebab bentuk badan yang luar biasa. Perfume tengik, kalau bawa mereka waktu pagi... malam bau dia baru hilang,” tulisnya menerusi Facebook.

Foto: The Star

Mengenai penumpang Arab, dia berpendapat kebanyakan warganegara itu bermulut manis namun mereka mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

“Pernah dengar janji Melayu? Janji Arab lagi sakit hati, selalunya lewat. Mereka mulut manis sebab dah tahu dia lewat. Perfume pun kuat.

“Nak dapat rating bagus rajin-rajinlah bertanya pasal makanan. Dia sanggup buka Google Map. Cerita apa menu sedap. Silap hari bulan dia boleh belanja kau makan kat sana,” ujarnya memberi tip kepada pemandu e-hailing.


Berbeza dengan penumpang Bangladesh, katanya segelintir mereka menimbulkan masalah terutama kesilapan memilih lokasi ketika membuat tempahan.

“Yang ni kalau tak makan maki memang tak sah. Duduk dekat Seri Kembangan, order dekat Pavillion. Selalunya memang akan salah pin lokasi.

“Nak merasa berhenti dekat tengah highway sebab penumpang pin lokasi kat sana? Rekod paling teruk aku kena, dia pin lokasi kat Lebuhraya Akleh. Tak terkejut kau?

“Double hazard tengah highway, yang bukan-bukan pun mereka selalunya,” ujarnya sambil menambah segelintir penumpang Bangladesh sering mengangkut barang-barang lain daripada lain seperti kipas, tong gas dan ayam hidup.

Setakat ini tiada yang pelik bagi penumpang tempatan atau berperangai aneh kecuali berbual tentang politik dalam perjalanan.

“Kalau dapat ‘tahi’ politik memang habis kau kena ‘cuci’. Dapat yang sekepala tak apa, dapat yang berlainan ideologi memang terpaksa angguk jelah,” katanya lagi.

Turut menjadi perhatian adalah segelintir penumpang wanita yang membuat tempahan e-hailing itu di mana terdapat pemandu berdepan situasi terpaksa menunggu lama.

“Tengah pakai bedak kat bilik dah order, kena ‘sidai’. Masuk dalam kereta buat kelam kabut, ‘Bang, saya dah lewat’.

“Yang ni ciptaan yang paling suka makan dalam kereta. Boba tea, keropok lekor, goreng pisang. Kalau salah pin lokasi dia cakap dia tak salah, aplikasi e-hailing yang salah.

“Kalau tengah moody, kita ajak berbual nak dapat rating buruk tu sangat tinggi. Kalau pasang lagu yang kena dengan selera dia kemungkinan untuk berakhir dengan karaoke bersama sangat tinggi,” kata Farhan.

Malah katanya, penumpang wanita juga suka berbual dalam nada yang tinggi sekiranya mereka naik bersama rakan atau kenalan.

“Kau dengar dia berbual sampai depan rumah. Hal kerja, pakwe-makwe, makanan sampai artis Korea. Kalau hari tu kau pakai smart, buat suara deep sikit, dapat komen ‘kacaknya!’

“Melainkan kalau muka kau macam ikan keli. Duduk diam, jangan buat apa-apa,” katanya.

Selain itu, Farhan turut berkongsi tentang ragam segelintir penumpang daripada golongan B40 atau M40 yang ‘acah-acah’ untuk menjadi T20.

“Mereka akan bercerita pahit-jerih nak berjaya. Bermula daripada kosong sampai jadi hero. Mesti ada selit-selit bahasa Inggeris sikit untuk nampak berpendidikan.

“Pakaian pun selalunya meriah. Topi Gucci, baju LV, ada beg silang yang warna merah tu. Seluar pun selalunya akan fit. Sandle pula Gucci atau Supreme.

“Telefon? Iphone 11 ke atas. Nak nampak lebih cool bawa bekas air Starbuck Frapucino Java Cip, dengan lokasi penghantaran ke PPR Setapak,” katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 3-8-2023 10:34 AM
yang gaya t20 tapi balik ppr tu tak kacau duit kau..pakcik bawang sangat
Quote Sesuatu… 3-8-2023 10:46 AM
Seronok dgr kerenah org sbb kita tak hadap
Quote jijahmomon 3-8-2023 11:07 AM
aku pernah naik grab ala2 kete racing dgn kete lowered pastu bawa kete cucuk rapat kete depan. masa dia break dgn aku sekali rasa pijak break. smpai bumper jalan terpaksa mengiring kiri kanan....kalau kete mekap gitu tak yah la buat  e-hailing
Quote Simunggu 3-8-2023 11:14 AM
semenjak ada kereta di KL hampir 15 thn dah drive sendiri kalau datang KL...kalau malas drive naik grab sedap sikit, naik taxi sudahlah kotor kereta pun banyak bunyi..org Sabah sudah ramai T20 tau
Quote tungkai 3-8-2023 11:46 AM
“Telefon? Iphone 11 ke atas. Nak nampak lebih cool bawa bekas air Starbuck Frapucino Java Cip, dengan lokasi penghantaran ke PPR Setapak,”


So true....
Quote Skuau 3-8-2023 11:57 AM
Simunggu replied at 3-8-2023 11:14 AM
semenjak ada kereta di KL hampir 15 thn dah drive sendiri kalau datang KL...kalau malas drive naik g ...


orng sabah...pertama depa target misti ada kereta(tak kisah baru atau 2nd hand)....di kl ni...selepas kerja lebih 2-3 tahun tahun mcm tu...
Quote mejaputih 3-8-2023 12:00 PM
bersyukur la Dik dorg masih guna grab..hadap je la...
Quote ifanonline 3-8-2023 12:06 PM
karenah manusia ni pelbagai...no one shoe fits all...mcm size zakar dan tetek, ada pelbagai bentuk dan rupa
Quote OshinDaSolja 3-8-2023 12:55 PM
kwan ofis iollz dulu buat part time uber masa baru launched, lepas tu complaint dpat passenger acik2 Indon cleaner la, pak arab jongos la... pastu heollz pun give up tak buat dh sayang kereta katanya...
Quote _blackbird 3-8-2023 01:13 PM
untung la nok, bangla naik grab ko bawa ayam hidup je, ada sorg bro grab driver ni cerita kat aku dia pernah dpt order utk 3 org, bila sampai aku lupa bangla ke pakistan 2 org je yg naik, ropernya lagi sorg tu utk kambing hidup si bangla nih bawa balik hostel
Quote supernaturalee 3-8-2023 01:48 PM
lawak kan
cabaran masing2 dlm keje gitu lah


Quote ninja boy 3-8-2023 01:58 PM
Edited by ninja boy at 3-8-2023 02:00 PM

Diorg ni bangla vetnam xde transport mmg bawa ayam kambing tong gas, kalau indon ada kereta 2nd hand dan motor. Nak2 musim raya bertambat kambing lembu nak sembelih kaya betul diorg
Quote doubleharmonic 3-8-2023 01:59 PM
so mana gambar muka kau? nak tengok memang betul helok ke atau muka ikan keli macam yang ko sebut tu? kalau muka ikan keli memang sah citer ko semua tu hasanah siap dapat ajak karoke bagai ko hengat ko alepajis ke bawak karoke dengan si pipah segala bagai tu?
Quote syamzana 3-8-2023 01:59 PM
iols suka gak baca cerita2 org camni mcm2 reaksi ada
dia bercerita je+kutok2 sikit bkn spesifik bgtau details nama add phone number bagai, so ok je la.

iols pengguna grab tegar utk ke hospital serdang nan hazab even dah siap parking bertingkek2 tu pun makin ramai parking kiri kanan jalan. baik ko tulis parking tu utk staf semata je la.
so tq abg2 grab yg selalu kene mrh guard spital serdang sbb drop pasengger depan lobi. guard pun over, dah tau yg mai spital tu mcm2 pesen nak berjalan x blh, bertongkat, berwheel chair...sabo laa sikit
Quote sufi^_^ 3-8-2023 02:16 PM
jijahmomon replied at 3-8-2023 03:07 AM
aku pernah naik grab ala2 kete racing dgn kete lowered pastu bawa kete cucuk rapat kete depan. masa  ...

camana boleh lulus jadi ehailing car eh?
Bukan ke kena ada syarat & spec kalau nak jadikan ehailing?

Kalau grab, pemandu kena lulus medical screening, kereta pun kena masuk puspakom dulu.
Quote rosedemon 4-8-2023 07:50 AM
sume buat pangai ngara memasing ek
Quote Simunggu 4-8-2023 02:54 PM
Skuau replied at 3-8-2023 11:57 AM
orng sabah...pertama depa target misti ada kereta(tak kisah baru atau 2nd hand)....di kl ni...sele ...

saya kerja KK sekali sekala datang KL ja..
Quote evlinne 4-8-2023 03:00 PM
Bodo sial reputz cari ni
Benda ni isu semasa ke
Dah brpa kali korang bukak tred yg bkn isu semasa
Mcm hanat
Quote Highflyer19 4-8-2023 04:09 PM
Nak nampak lebih cool bawa bekas air Starbuck Frapucino Java Cip, dengan lokasi penghantaran ke PPR Setapak…

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.561620 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top