CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Beradik Lemas Ketika Manda Di Kolam Ikan Terbiar Dengan Keluarga

3-8-2023 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1821| Komen: 3

Polis mengesahkan dua beradik meninggal dunia selepas lemas di dalam kolam di Kampung Bambu Batu 7, Sandakan.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Amira Rolan, 19, dan adiknya Muhammad Awira, 10, meninggal dunia pada jam 12.40 tengah hari Rabu.



Gambar hiasan

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada jam 11.18 pagi mengenai dua mangsa lemas yang sedang mendapatkan rawaran di Unit Kecemasan Hospital Duchess of Kent (HDOK).

"Siasatan awal polis mendapati, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi dan kedua-dua mangsa bersama empat lagi ahli keluarga mereka mandi di sebuah kolam ikan terbiar di kampung berkenaan.

"Ketika manda, dua mangsa lemas, namun berjaya diselamatkan penduduk kampung," katanya satu dalam kenyataan pada Khamis.


Abdul Fuad berkata, kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke HDOK dengan menggunakan ambulans, namun pada jam 12.40 tengah hari, kedua-dua mangsa yang menerima rawatan itu disahkan meninggal dunia.

"Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan dua mangsa tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan di kampung berkenaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 4-8-2023 10:29 AM
takziah kepada keluarga..lain kali mandi tempat elok sikit..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.323150 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top