CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cucu Tak Boleh Makan Bufet, Satu Keluarga Tapau 2 Plastik Makanan Laut Dari Hotel Untuk Dimasak Di Rumah

3-8-2023 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2512| Komen: 3


Tular sebuah video memaparkan insiden sebuah keluarga di Vietnam bertengkar dengan kakitangan sebuah restoran bufet kerana mengambil makanan laut untuk dibawa pulang.

Thaiger semalam melaporkan, keluarga yang terdiri daripada seorang wanita pertengahan umur, sepasang suami isteri dan dua kanak-kanak itu dikesan memasukkan makanan laut ke dalam dua beg plastik.



Sebuah keluarga ditahan kerana membawa makanan laut keluar dari sebuah restoran di Vietnam baru-baru ini. - Foto Sanook

Difahamkan, kakitangan restoran berkenaan bergegas mendekati keluarga itu dan menjelaskan berhubung peraturan makanan bufet.

Katanya, makanan dari restoran tersebut tidak boleh dibawa keluar.

Namun, wanita pertengahan umur itu menegaskan bahawa cucunya tidak boleh makan apa-apa makanan dan ia perlu dibawa balik untuk dimasak. 

Sejumlah netizen berasa malu dengan tindakan keluarga itu sementara yang lain mempersoalkan keberanian mereka serta ada yang memberikan komen menyindir.


“Manusia jenis apakah yang mempunyai pemikiran sedemikian? Okay, teruskan dan langgar peraturan,” tulis seorang netizen.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 3-8-2023 11:24 AM
Coverage wartawan Cari kini sudah sampai ke Vietnam. Tahniah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.029449 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top