Tidak ada ibu bapa tidak mahu yang terbaik buat anak mereka kecuali segelintir yang tidak berhati perut sanggup berlaku kejam. Kalau boleh, apa yang dikehendaki anak pasti dituruti demi melihat senyuman terukir di wajah mereka.
Baru-baru ini, tular kisah dikongsikan seorang peguam jenayah, Datuk Ahmad Zaharil Bin Muhaiyar mengenai seorang ibu berbangsa India dengan tangan bergari dihadapkan ke mahkamah kerana mencuri bekas pensel bernilai kira-kira RM18 untuk anaknya pada 1998. Setelah disoal, rupanya dia melakukannya kerana sudah berjanji dengan anak lelakinya untuk menghadiahkan sebuah kotak pensel dengan set lengkap sekiranya berjaya mendapat nombor 1 dalam pelajaran, namun tiada wang untuk menunaikan janjinya itu. Wanita tersebut dikenakan hukuman berkelakuan baik selama beberapa tahun setelah mendapatkan pembelaan secara percuma daripada Ahmad Zahari yang tersentuh hati mengenangkan nasib anak-beranak tersebut.
Kemudian, dalam lingkungan 2010 hingga 2017, ketika Ahmad Zahari sedang duduk di kantin, dia menyedari bahawa setiap hari dia sering diperhatikan seorang lelaki sehingga suatu hari dia didatangi lelaki tersebut. Lelaki berkenaan menegur dan mengakui bahawa dia adalah budak yang mahukan kotak pensel tersebut. Kini, anak kepada wanita yang mencuri itu berjaya menjadi seorang peguam. Ramai yang terharu dengan perkongsian peguam berkenaan dan ada yang berterima kasih atas sikap prihatinnya. - CARI
|
uda replied at 3-8-2023 12:50 PM
Sibuk cerita ni di merata2 group whatsapp.
Apa actually nak disampaikan:
ADVERTISEMENT