CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyerang PDRM Bruno Suzuki Peluk Islam

2-8-2023 10:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8572| Komen: 27

Kuala Lumpur: Penyerang PDRM FC, Bruno Suzuki selamat menjadi saudara baharu apabila memeluk agama Islam, pagi tadi.

Perkembangan itu dikongsikan PDRM FC menerusi akaun Facebooknya, hari ini.


Menerusi hantaran terbabit, skuad 'The Cops' menzahirkan rasa syukur atas berita gembira terbabit.

Suzuki mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid PULAPOL KL pada pagi tadi. - Gambar ihsan FB PDRM FC.

"Alhamdulillah dengan syukur ke hadarat Allah S.W.T ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam.

"Beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah bertempat di Masjid PULAPOL KL pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445.

"Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Allahuakbar," kata pasukan itu.


Penyerang berusia 30 tahun itu mengucap di hadapan Ustaz Arif M Rajoli dan disaksikan oleh Komandan Pulapol Kuala Lumpur (KL) SAC Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan AM) Pulapol KL, Superintendan Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM FC.

Sebagai rekod, Suzuki bukanlah pemain yang asing dalam kancah bola sepak tempatan apabila pernah mewakili beberapa pasukan seperti Negeri Sembilan, Terengganu FC II (TFCII) dan juga TFC.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 2-8-2023 10:38 PM
Mati2 aku igt org ni serang PDRM.
Quote ilahaz 2-8-2023 10:44 PM
sama.. ingatkan serang anggota pdrm
Quote Cyempaka 2-8-2023 10:47 PM
Betul la..baca tajuk ingatkan yg serang pdrm tragedi sulu lahad datu tu.. berbelah bagi aku nak alhamdulillah ke tak
Quote Decaffeinated 2-8-2023 10:48 PM
Tangkap cintan awek melayu ka?
Quote zamnie 2-8-2023 10:52 PM
Alhamdulillah
Quote Skuau 2-8-2023 10:56 PM
Ada tulis PDRM FC...la. .buta kayu ke???-pendekar mustar
Quote Zack8hunter 2-8-2023 10:59 PM
kalo tak nmpk tatu dia, mesti org ingat dia ni melayu set budu
Quote Tinot7 2-8-2023 11:01 PM
Alhamdulillah.. dia ni asalnya org apa? Anut agama apa?
Quote OshinDaSolja 2-8-2023 11:07 PM
Alhamdulillah... semoga dipermudahkan urusan
Quote edayildiz 2-8-2023 11:09 PM
dia nk kawen ngan gadis melayu
..nama akish kalau xsilap
Quote Manjahati 2-8-2023 11:10 PM
Alhamdulillah..hidayah milik Allah. Moga istiqomah
Quote Orenn1 2-8-2023 11:31 PM
slyfynx replied at 2-8-2023 02:38 PM
Mati2 aku igt org ni serang PDRM.

sama kohkohkoh wartawan zaman skrg huh
Quote Decaffeinated 2-8-2023 11:33 PM
Bruno Suzuki

Bruno Junichi Suzuki Castanheira, commonly referred to as Bruno Suzuki (鈴木 ブルーノ)[2][3] or Bruno Castanheira (born 20 May 1990), is a Brazilian footballer who plays for Malaysia Super League club PDRM.
Born in Brazil, Castanheira was raised in Japan, his maternal family country. He also holds Japanese citizenship.[4]


Quote sharlenetexas 2-8-2023 11:33 PM
Ustaz Arif M Rajoli
Anak arwah M Rajoli?

Quote B40tastePosh 3-8-2023 12:03 AM
Handsome.. tambah tatoo tatoo dia tu dgn nama Suzuki..merecikk
Quote chiyoasuka 3-8-2023 07:52 AM
Alhamdulillah… gf dia ni org sabahan kan.. pramugari xsilap… maybe gf kot yg buka hati dia utk masuk islam
Quote chiyoasuka 3-8-2023 07:54 AM
Decaffeinated replied at 2-8-2023 10:48 PM
Tangkap cintan awek melayu ka?

sabahan gf dia ni... pramugari
Quote elzy 3-8-2023 08:07 AM
Hahaha baca tajuk ingat dia pernah serang PDRM.. adushhh!
Apa pun alhamdulillah..
Quote jiwasemangat 3-8-2023 09:12 AM
Muka cam Melayu.. rambut cam Siam

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043511 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top