CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Cekik, Tolak Ibu Ke Dinding Sebab Telefon Dirampas

2-8-2023 09:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7578| Komen: 9

Gara-gara telefon pintarnya dirampas ibu, remaja lelaki berusia 15 tahun menyerang wanita itu di stesen kereta api bawah tanah di China.

South China Morning Post semalam melaporkan kejadian dirakam 18 Julai lalu itu mencetuskan kemarahan ramai dan tular selepas dimuat naik di media sosial.



Remaja itu mencekik ibunya sebelum menghempas mangsa ke dinding. - SCMP/Baidu

Berdasarkan rakaman tersebut, remaja lelaki yang dikatakan ketagih bermain permainan video itu dilihat berdiri di hadapan lif bersama ibu dan adik lelakinya di samping bagasi mereka.

Remaja itu secara tiba-tiba mencekik leher ibunya dan menolak wanita itu ke dinding. 

“Ibu, ibu, ibu,” jerit adik lelakinya seperti didengari dalam video tersebut.

Dia cuba menyelamatkan ibunya dengan menghampiri mangsa dan cuba menarik tangan abangnya. Si ibu cuba melawan tetapi dia bergelut untuk menyelamatkan diri.


Apabila seorang pekerja stesen kereta api tiba di lokasi kejadian, remaja tersebut menendang dan menolak ibunya. 

Pekerja itu menarik remaja tersebut dan menyuruhnya bertenang sebelum dia berlari mendapatkan pertolongan. Bagaimanapun, remaja itu terus menyerang ibunya.

“Berikan telefon saya semula,” kata remaja itu sambil memegang lengan ibunya.

Wanita itu terus mengeluarkan telefon bimbit dan menghempasnya ke lantai. Belum sempat dia ditendang buat kali kedua, pekerja stesen kereta api tiba dan cuba menahan si anak.

Pergelutan itu berakhir apabila seorang pegawai polis tiba di lokasi kejadian. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 2-8-2023 10:36 PM
mak budak tu maafkan ke tak anak dia eh
Quote Carcosa 2-8-2023 11:30 PM
cik-jaja: mak budak tu maafkan ke tak an ...


Haruslah maafkan, chuols. Lelebih lagi bangsa ni. Anak tu, mcm tuhan diorang je. Mmg diorang tatang sayang semedang! Nak2 anak lelaki. Investment tu, pada diorang. Anak lelaki mmg diharap nak jaga dia nnti bila dia dah terketar2
Quote Yoonggi 3-8-2023 08:53 AM
biadap betul anaknya. ni mesti masa kecik2 x penah ditegur, cubit, pukul bila buat salah
Quote supernaturalee 3-8-2023 09:07 AM
adik dh besar sok jgn ikut perangai abang tu

Quote manehnya 3-8-2023 09:22 AM
kalau mak tau dh besar jd mcm tu, kecik2 lg ptut kena cekik budak tuh
Quote sangbara2020 3-8-2023 12:11 PM
masuk neraka kau dekk
Quote chiyoasuka 4-8-2023 10:01 AM
dek2 knpa la buat mak kau tu mcm tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.076288 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top