CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Calon BN DUN Jeram Padang Berkerusi Roda Berkempen Lepas Kemalangan

2-8-2023 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6477| Komen: 4

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Zaidy Abdul Kadir yang terbabit kemalangan jalan raya awal pagi Isnin lalu, sudah turun padang berkempen.

Katanya, doktor memaklumkan kaki kirinya yang patah akan mengambil masa dua bulan untuk pulih.



FB

Beliau berkata, bagi memastikan aktiviti kempen berjalan seperti biasa, kerusi roda akan digunakan bagi memudahkan pergerakannya.

"Saya dibenarkan keluar wad pada Isnin jam 8.30 malam lalu, hari ini sudah turun padang dan sempat menziarahi kematian penduduk di DUN ini dengan kerusi roda.

"Isteri dan rakan yang membantu menolak kerusi roda dan ia tidak akan melemahkan semangat saya untuk turun berkempen sehingga hari pengundian nanti.

"Cuma bersukan dan aktiviti lasak sahaja tidak boleh buat... untuk program berkempen berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu Kikir di sini, hari ini


Mohd Zaidy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan menerima lawatan Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan.


Loading FB Post...

Sementara itu Mohd Zaidy berkata pembantunya yang turut terbabit kemalangan itu berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

"Keadaannya stabil cuma doktor perlu tidurkan dia. Dia patah tangan dan pendarahan kecil di kepala dan perut," katanya.

Media sebelum itu melaporkan Mohd Zaidy terbabit kemalangan di Jalan Pasir Besar-Palong, Tampin, kira-kira jam 3.25 pagi Isnin lalu.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 2-8-2023 10:35 PM
gigih2 ni dapat point kesian tak...
Quote chiyoasuka 4-8-2023 10:01 AM
Smoga dipermudahkan urusan
Quote bbi25 8-8-2023 08:42 AM
Laksanakan Pesanan Henti Kerugian: Sentiasa gunakan pesanan henti rugi untuk mengehadkan potensi kerugian dan melindungi modal dagangan anda.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.164298 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top