CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Konsep Malaysia Madani Selaras Prinsip Dan Visi Datuk Saya' - Cucu Tun Dr Ismail

2-8-2023 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8930| Komen: 30

Konsep Malaysia Madani diperkenal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan falsafah, prinsip dan visi Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Cucu Allahyarham, Kamariah Shakirin Mustafa berkata, persefahaman dan permuafakatan yang telah dimeterai dalam Perlembagaan negara sewaktu mencapai kemerdekaan perlu sentiasa dijunjung oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan perkara itu jugalah yang cuba diterapkan dalam konsep Malaysia Madani.




"Apabila bercakap mengenai berkaitan visi datuk saya dan konsep Malaysia Madani, kita perlu lihat dasar dan apa yang beliau perjuangkan, selepas itu lihat pula apakah Malaysia Madani, saya rasa kita perlu lihat kepelbagaian budaya dan dasar yang ada pada hari ini," katanya kepada Bernama selepas Majlis Memperingati Tun Dr Ismail di sini hari ini.

Kamariah Shakirin turut merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzildi atas penganjuran majlis yang begitu gemilang dengan dihadiri hampir 10,000 orang termasuk Menteri-Menteri Kabinet.


"Setakat ini, saya dan ahli keluarga tidak pernah melihat penghargaan yang diberikan kepada Allahyarham seumpama ini dan perkara ini amat menyentuh hati saya," katanya.

Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj: Tonggak Perpaduan Negara julung kali diadakan sempena Bulan Kebangsaan bagi mengenang jasa serta mengangkat pemikiran Dr Ismail sebagai figura penting dalam tadbir urus dan perpaduan negara.

Penganjuran majlis itu, yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Digital, adalah hasil kerjasama strategik pelbagai jabatan serta agensi termasuk Pejabat Perdana Menteri.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 2-8-2023 09:15 PM
Whoareyus?
Quote tungkai 2-8-2023 09:55 PM
Ko bercakap seolah2 macam sebelum ni Malaysia takde perpaduan plak..??
Quote MissYouSayang 2-8-2023 10:17 PM
iols cuma tahu umah mak lopa si tinipat tu di taman tun dr ismail jer
Quote Goodluckdontcry 2-8-2023 10:19 PM
So???? So so so scandalous.... kehkehkeh ada aku KESAHHHH
Quote cik-jaja 2-8-2023 10:19 PM
"Setakat ini, saya dan ahli keluarga tidak pernah melihat penghargaan yang diberikan kepada Allahyarham seumpama ini dan perkara ini amat menyentuh hati saya," katanya.
Kiranya PMX yang pertama hargai ke macam mana?
Quote Tinot7 2-8-2023 10:37 PM
Dolu2 arwah nenek iols dok pi sana sini bawak tin milo, cari dana utk membebaskan malaya drp british.. dok sokong umno..

Tapi kalau arwah nenek masih hidup, rasanya dia pengsan kott tgk apa yg dah jadi kat umno..

So your point is, minah?
Quote Apoo 2-8-2023 10:47 PM
Tun Dr Ismail.
Tangan kanan Tun Razak memulihkan negara.
PM yg kita x miliki.
Quote Shayang 2-8-2023 11:51 PM
Tp negara skrg diperintah golongan pembangkang
Pastu berebut plak dgn pembangkang yg lain.
Aku tak sukaaa, dah tak aman lagi
Quote B40tastePosh 2-8-2023 11:54 PM
Anwar Ibrahim terbaik dengan Konsep Malaysia Madani.
Quote Perwira2022 3-8-2023 12:08 AM
Tun Dr Ismail mesti tak percaya kalau dapat tahu Malaysia hari ini berperdana menterikan seorang peliwat bersiri yg telah dipenjarakan oleh mahkamah.
Quote B40tastePosh 3-8-2023 12:29 AM
Perwira2022 replied at 3-8-2023 12:08 AM
Tun Dr Ismail mesti tak percaya kalau dapat tahu Malaysia hari ini berperdana menterikan seorang pel ...


Entah entah ko kaki liwat bini kau bersiri 5 jumaat
Quote Perwira2022 3-8-2023 12:31 AM
B40tastePosh replied at 3-8-2023 12:29 AM
Entah entah ko kaki liwat bini kau bersiri 5 jumaat

Sorry.. Aku tak pakai entah entah. Aku pakai fakta mahkamah (bahawa Anwar kaki liwat).
Quote Orix 3-8-2023 12:36 AM
whoo r yusssssss
Quote B40tastePosh 3-8-2023 04:14 AM
Perwira2022 replied at 3-8-2023 12:31 AM
Sorry.. Aku tak pakai entah entah. Aku pakai fakta mahkamah (bahawa Anwar kaki liwat).

Tahu pun ucap sorry sorry..
Quote ninja boy 3-8-2023 05:04 AM
Perpaduan kunun, bergasak melayu2 hari2, parti melayu berpecah 5
Quote Decaffeinated 3-8-2023 07:09 AM
Dia nak kata kalau atuk dia masih hidup atuk dia akan sokong madani lah which is quite possible tengok pada rupa UMNO sekarang.

Melayu dulu kan liberal.

Quote sayurmayur88 3-8-2023 08:02 AM
nak citer, iolls antara orang2 yg disuruh ke majlis memperingati tokoh tersebut semalam di dataran merdeka, yg datang banyak dari penjawat awam dan macik2 AIM. sejuk jugalah ada payung gergasi.
selama ni tak pernah dengar langsung pasal tun dr ismail, semalam baru tahu betapa besar nya potensi almarhum dalam dunia politik .sekiranya ditakdirkan almarhum jadi PM, memang landskap pepraduan negara kita akan jadi lain banding sekarang ni.
almarhum terlibat langsung dalam rundingan selepas tragedi 13 mei serta rundingan dengan indonesia bagi menamatkan konfrontasi indonesia ke malaya.
alfatihah....
Quote CiliPadiSedap 3-8-2023 08:39 AM
apa rakyat rasa dan nampak mahaldahni bukan madani
Quote CiliPadiSedap 3-8-2023 08:50 AM
zaman datok seri najib panglima ayahnda pembangunan malaysia dah lama wujud konsep 1 malaysia

zaman najib rakyat dapat rasa stesyen bas macam airport, utc one stop centre, klinik 1 malaysia, kedai rakyat 1 malaysia, bantuan rakyat 1 malaysia. mrt rakyat naik aircond sejuk beku cm peti mayat, lebar mrt luas, naik mrt takde jem, kerusi selesa, coverage meluas.

jasa pembangunan mrt banyak membawa limpahan ekonomi

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.109540 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top