Seorang pelajar sekolah menengah di Indonesia ditikam rakan sekelasnya yang tidak tahan menjadi mangsa bulinya. Suara.com melaporkan, video dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik ke akaun Twitter @MasBiiem manakala kejadian itu berlaku di Banjarmasin, wilayah Kalimantan Selatan.
Pada awalnya, pelajar yang dibuli itu dilihat memasuki kelas mangsa. Dia kemudian berjalan ke arah mangsa yang duduk di belakang kelas. Pelajar itu terus menikam perut mangsa menggunakan objek tajam yang dibawanya sebelum melarikan diri keluar dari kelas. Ketika kejadian, pelajar lain kelihatan senyap seolah-olah tidak menyedari serangan itu.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Pengajaran untuk semua, berbuat baik dengan semua orang. Kita tidak tahu had kesabaran orang lain,” komen seorang netizen. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT