CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Norza Letak Jawatan Hujung Tahun, Minta Maaf Dan ‘Pujuk’ Misbun Kembali Ke BAM

2-8-2023 08:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7550| Komen: 8

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang memohon maaf dan 'memujuk' bekas pengendali perseorangan remaja negara, Datuk Misbun Sidek turut membuat pengumuman mengejutkan.


Beliau menjelaskan wujud salah faham antara kedua-dua pihak selepas pengendali berusia 63 tahun itu tampil meluahkan rasa kecewa ekoran dipecat BAM dan bukannya penamatan kontrak secara persetujuan bersama gara-gara kegagalan skuad remaja negara di Kejohanan Remaja Asia di Jogjakarta, Indonesia awal bulan lalu.


MOHAMMAD Norza Zakaria (tengah) mempengerusikan sidang akhbar khas di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Norza mengakui beliau mempunyai hubungan istimewa dengan bekas pengendali negara itu, justeru menawarkan dua tawaran untuk kembali berbaik dengan Misbun.

Yang pertama, BAM mahu menawarkan semula tugasnya sebagai jurulatih perseorangan remaja negara sehingga tamat kontrak asal yang akan berakhir hujung tahun ini.


Yang kedua, sekiranya Misbun tidak berminat, BAM menerusi Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Datuk V.Subramaniam sedia untuk bertemunya bagi menyelesaikan kemelut ini agar tidak ada pihak rasa teraniaya.

“Kalau pada ketika itu (keputusan dibuat) dia tidak bersetuju, saya akan pergi berjumpanya sebab saya mempunyai hubungan yang istimewa dengannya. Saya tidak akan sesekali tidak menghormatinya sebagai seorang legenda.

“Tetapi kerana komunikasi yang berlaku ini, telah menyebabkan beliau selepas dua hari meluahkan rasa terkilan.

“Jika dia terkilan kerana proses komunikasi ini, saya minta maaf, bagi pihak saya dan BAM. Kerana bagi saya kita semua adalah satu keluarga yang besar, tidak ada gunanya semua perbalahan ini,” jelas Norza dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Dalam masa sama, Norza melepaskan jawatannya lebih awal iaitu pada penghujung tahun ini.


FB

Sebelum ini, Norza mengumumkan untuk melepaskan jawatan Presiden BAM selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos tahun hadapan ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis BAM pada bulan lalu.

“Saya pendekkan perletakkan jawatan saya, saya akan meletak jawatan pada penghujung tahun ini. Kita sudah pun jumpa beberapa calon dan saya akan bentangkan kepada Ahli Majlis untuk mereka memilih,” tambah Norza.


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 2-8-2023 08:48 PM
Mcm drama plak..
Quote sharlenetexas 2-8-2023 08:51 PM
Sidek siblings ni, razif jalani good looking dari muda sampai tua. Aka muka tak nmpk Banting sangat.


Quote Skuau 2-8-2023 11:22 PM
sampai akhir taun pung..5 bln jer...apa jer dia boleh buat...akhirnya...'dipersalahkan'.....lagi.
Quote chiyoasuka 4-8-2023 10:04 AM
Ntah siapa yg salah ku tau tau hmmmm
Quote rikiruj 4-8-2023 10:19 AM
Task Force tu apa depa buat? Tak brief Presiden betul2 ke sampai Presiden kena apologize in public.  Atau task force melangkaui Presiden, take action terus?.. Macamana si Subramaniam tu boleh cukup mutual separation sedangkan DMS cakap kena pecat without discussion? Ini bukan persatuan badminton Taman Murni.. kena ambil maklum decision will be scrutinized by public.. apa2 decision pun kena follow through la.. kalau analysis kata DMS tak perform so be it, stick to your gun la... bila pusing2 macam ni tu yang macam confirm je politicking lebih dalam BAM ni seolah2 ada orang jaki dgn DMS, maybe sebab Presiden ada soft spot kat dia.  Lagipun contract sampai hujung tahun je 4-5 bulan je lagi, apasal beriya2 sangat nak buang, bayo tetap kena bayo..
Quote Decaffeinated 4-8-2023 10:24 AM
Buat macam bola amik coach luar. Nak pecat pun senang.

Lejen2 ni bagi dok rumah ja main dengan cucu.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046655 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top