CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak 6 Tahun Mati Dilanggar Ibu, Kaki Terpotong Terkena Kipas Bot

2-8-2023 07:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6989| Komen: 4

Phoenix: Seorang kanak-kanak perempuan enam tahun maut selepas ibunya secara tidak sengaja melanggarnya dengan bot.

Menurut Pejabat Syerif Daerah Maricopa, kejadian itu berlaku di Tasik Pleasant di Arizona, pagi Jumaat lalu.


New York Post melaprokan, polis dalam kenyataan akhbar berkata, ketika kejadian kira-kira 11 pagi itu, budak itu berenang di tasik berkenaan.

Gambar Hiasan

"Dua keluarga membabitkan 12 orang sedang menaiki bot di tasik itu.

"Keluarga itu menghubungi panggilan kecemasan dan menyatakan kanak-kanak perempuan itu dilanggar dengan kipas bot."

Katanya, saksi di tempat kejadian memaklumkan polis, ibu kanak-kanak itu mengendalikan bot dan tidak menyedari kanak-kanak itu berada di dalam air.

"Bapa perasan seseorang berada di dalam air dan berenang ke atas.

"Mereka menyedari rupanya anak perempuan mereka berada dalam air dan kakinya terpotong akibat terkena kipas bot," kata polis.


Polis berkata, keluarga itu bergelut untuk mencari liputan talian komunikasi untuk menghubungi 911.

"Ketika itu, pemilik bot berhampiran membantu mereka dengan membawa kanak-kanak yang cedera ke pantai.

"Di sana, anggota bomba segera mula memberikan bantuan kecemasan kepada kanak-kanak itu sebelum membawanya ke hospital berdekatan.

"Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Katanya, polis percaya tragedi hanya kemalangan. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-8-2023 09:30 AM
sakitnnya dikkkkk
Quote chiyoasuka 4-8-2023 10:05 AM
ksiannyaaa bdk tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.035598 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top