CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Lelaki Tarik Rambut, Baling Telefon Pada Muka Pengantin Perempuan Miang

2-8-2023 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7565| Komen: 5

Majlis perkahwinan di wilayah Guangdong, China menjadi kecoh apabila pengantin perempuan diserang pasangannya selepas kantoi berbalas teks pesanan ringkas dengan bekas kekasih.

Laman berita Thaiger melaporkan, kejadian berlaku ketika pengantin lelaki menunggu isterinya bersolek sebelum ternampak teks pesanan muncul pada telefon bimbit wanita itu.



Pengantin lelaki menyerang pasangannya di hadapan orang ramai. - Sanook

Pada awalnya, pengantin lelaki menyangka mesej dihantar sebagai ucapan tahniah atas perkahwinan mereka, namun dia mula marah apabila menyedari bahawa ia dikirim bekas kekasih isterinya.

Kemarahan memuncak apabila pengantin lelaki melihat teks pesanan lama yang dihantar kepada isterinya termasuk nombor bilik hotel, di mana bekas pasangan kekasih itu bertemu pada malam sebelum pernikahan.

Gara-gara gagal menahan kemarahan, dia membaling telefon tersebut ke arah muka pengantin perempuan dan meminta penjelasan.


“Dia bekas teman lelaki saya. Saya ada memberitahu anda tentang dia. Dia pulang dari kerja semalam dan tahu saya akan berkahwin. Kami bertemu di sana (di hotel), tetapi kami hanya makan dan berbual sebelum pulang,” jelas wanita itu.

Wanita tersebut juga memanggil seorang rakan yang menemaninya pada malam tersebut sebagai saksi di hadapan suaminya.

Pengantin lelaki enggan menerima penjelasannya memandangkan tiada sebarang bukti bahawa mereka tidak berkongsi bilik hotel tersebut.

Dia kemudian menarik rambut wanita itu dan menamparnya di hadapan tetamu.

Tetamu yang melihat situasi itu betindak campur tangan bagi menghalang pengantin lelaki daripada menyerang pengantin perempuan. 

Tidak dijelaskan sama ada hubungan mereka kekal selepas kejadian itu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 2-8-2023 06:48 PM
Video pun tak ada
Quote chiyoasuka 4-8-2023 10:09 AM
habisssssslahh
Quote cle256 12-8-2023 06:30 PM
gatal sangat kan. lepasni cari awek trade dekat AMarkets, perempuan layan trading ni tak layan dah laki lain, sibuk menduit je dah income masuk banyak

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.186577 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top