CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Sebak, Bukti Perpaduan Kaum Masih Wujud -Aunty India Suap Makan Wanita Melayu Tak Dapat Melihat Di Hospital

2-8-2023 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7996| Komen: 20

Bukti semangat perpaduan kaum di Malaysia masih wujud apabila tular video memaparkan tindakan seorang wanita berbangsa India menyuapkan makanan kepada pesakit Melayu di sebuah wad hospital.

Menerusi perkongsian video Divyasree0605 di TikTok, dia memaklumkan, ibunya bertindak demikian berikutan pesakit wanita tersebut tidak dapat melihat.



“Makcik Melayu ni alami kegagalan buah pinggang dan tak boleh melihat jadi ibu saya tolong dia makan,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima respon positif orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai bukti rakyat Malaysia sehati sejiwa dan ia sesuatu yang membanggakan.


“Terharu sangat saya tengok video ni, hati pun rasa sebak. Hidup Malaysia, Malaysia boleh! Sehati sejiwa kita sebagai adik-beradik,” ujar Padma.

“Kita semua rakyat Malaysia, seharusnya berbangga. Satu hati, satu jiwa,” komen Gayathiri Gaya.


“Terima kasih, kita semua macam satu keluarga tak kira bangsa dan agama,” komen Fina Zulkifli.

“Bukti adab dan kemuliaan bukan pada warna kulit atau bangsa tapi pada hati,” tulis seorang lagi pengguna. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 2-8-2023 07:05 PM
Aku tatau la hgpa ni suma dok belah mana.
Menda gini aku tgk dr kecik sampai merantau negeri lain.
Baik cina india kt pahang,time aku dok kedah, idop carik mkn kt selangor lg ramai yg baik² dr perangai haprak.
Quote OshinDaSolja 2-8-2023 08:12 PM
iollz bangga jadi rakyat Malaysia... Malaysia truly Asia
Quote zehra2 2-8-2023 08:20 PM
Alhamdulillah. kat hospital mmg ler.mcm tu. nurse bukan nak.hadap kita je..
tolong menolong
Quote Rogue98 2-8-2023 08:24 PM
Kat wassap group sekolah dulu ramai non Malays...mmg teruk diaorang makin hamun melayu..tak kira lah umno ke pas ke..
So jaga2 jer....depan kita baik..belakang kita mcm2 kutuk.
Tapi aunty India ni buat baik kat pompuan melayu ni mmg touching lah.
Quote B40tastePosh 3-8-2023 04:59 AM
Rogue98 replied at 2-8-2023 08:24 PM
Kat wassap group sekolah dulu ramai non Malays...mmg teruk diaorang makin hamun melayu..tak kira lah ...

Adekah sebab dilaknat?
Quote Decaffeinated 3-8-2023 07:12 AM
This is simply human lah bongok.

Apa pasal semua benda nak tengok dari kacamata kaum. Bodohnya lah Malaysia nan permai tapi rasis ini.
Quote mejaputih 3-8-2023 07:16 AM
Bila benda mcm ni dah jd abnormal di mata yg merakam..pdhal it's normal dan semoga sentiasa jadi normal...
Quote bottombikini 3-8-2023 07:18 AM
Rogue98 replied at 2-8-2023 08:24 PM
Kat wassap group sekolah dulu ramai non Malays...mmg teruk diaorang makin hamun melayu..tak kira lah ...

tak dinafikan mmg puak ni perangai camni dibelakang kita

tapi ramai juga yg mcm aunty ni
antara viral dgn tidak je
kesiannya makcik tu   
Quote noor2 3-8-2023 07:41 AM
Yang komen teekejut, x sangka bangsa lain baik ni mmg bangang dan selama ni x hidup bermasyarakat ke apa....

Ya Allah aku ni biasa sgt dgn ketiga2 kaum ni.. baik je semuanya...siap naik kereta sama pi mkn2...pi meeting...pi belanja satu sama lain...masa raya masing2 bawak kuih raya masing2...dlm hp aku ni pun berlambak list India dan cina kawan2,..

Selama ni hidup x reti nk bermasyarakat ke apa...
Quote ctaz 3-8-2023 08:45 AM
yg jatuh kan perpaduan tu org2 politaik.....
rakyat2 elok jer...
Quote acikhan 3-8-2023 08:58 AM
aigoo, haku dari kecik smpai ke besar sekeliling haku ghamai cino, India, melayu semua ngan n kamcing tp Ade certain la x ok tp majoriti semua nyer ok, baik Dan ramah
Quote kucingitam 3-8-2023 09:00 AM
politician je yang suka mainkan isu perkauman ni..lepastu taksubers ngikut lah.
Quote talapia 3-8-2023 09:06 AM
kalau di hati kita masih ada rasa belas.. tak kirala warna kulit ke bangsa or agama apa.. kita akan tolong. Human kot.. menatang pon kita kesian.. kasih.. inikan pulak sesama manusia
Quote kkm123 3-8-2023 09:25 AM
Evaluasi dan Peningkatan: Lakukan evaluasi rutin terhadap kinerja trading Anda. Analisis statistik dan refleksi terhadap perdagangan sebelumnya akan membantu Anda mengidentifikasi kelemahan dan kekuatan dalam strategi trading Anda. Dengan demikian, Anda dapat terus memperbaiki dan mengoptimalkan pendekatan trading Anda.
Quote Noraniza_Iblis 3-8-2023 09:27 AM
India ok sket...
tp bangsa mainland ni yg slalu rasis kuat...
Quote rosedemon 3-8-2023 09:30 AM
lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kowswrr
Quote hayati_hassan 3-8-2023 09:30 AM
laaa biasalah tu
nie mmg xpenah melawat pesakit dihospital
Quote tungkai 3-8-2023 09:49 AM
Benda camni pun nak sebak. Tak pernah bercampur ke? Amenda laa...

Kat Malaysia ni antara kaum aman2 aje. Politician aje yg pecah belahkan semua..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053363 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top