CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Didenda RM6,500 Kerana Tipu Konon Ibu Kandung Ketika Mohon Kad Pengenalan Kanak-kanak

2-8-2023 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6631| Komen: 6

Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini mendenda seorang wanita sebanyak RM6,500 atas kesalahan memberi maklumat palsu berkaitan kanak-kanak lelaki yang didakwa sebagai anak kandungnya.

Ye Bee Chan, 41, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu dihadapan Majistret Saiful Sayoti selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.



Gambar hiasan

Jika gagal bayar, Ye boleh dikenakan hukuman penjara sembilan bulan.

Mengikut pertuduhan, Ye sebagai Orang Kena Saman (OKS) didakwa memberi maklumat palsu dalam butir material pada permohonan kad pengenalan 12 tahun di Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sembilan.

Perbuatan itu dilakukan pada 21 Februari 2022 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Jempol.

Susulan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(b) Peraturan- Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan) 2007 dan boleh dihukum mengikut peraturan sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.


Mengikut fakta kes, wanita itu ditahan dalam operasi terancang, semalam kerana mendaftarkan kanak-kanak sebagai anak kandung yang sah dan memohon kad pengenalan kali pertama kanak-kanak itu dengan menggunakan sijil kelahiran yang mengandungi maklumat palsu.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JPN, Rohaida Adnan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honeybee1802 2-8-2023 06:42 PM
Adakah ini antara lebih sejuta rakyat china yg tidak keluar dr malaysia tu?
Quote Thunderclouds 2-8-2023 07:06 PM
So budak tu anak sapa?
Quote BumpIQ 2-8-2023 07:08 PM
mek yah tipu2 buat laporan palsu dekat balai polis pandan indah yang mek yah hack diri sendiri pun tak kena denda pun

cuba pdrm denda mek yah. mek yah cabar korang tau

nak nombor report dan ic mek yah pun mek yah boleh bagi
Quote chiyoasuka 4-8-2023 10:10 AM
tak psl2 kena saman

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.033488 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top