CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Bergaji Profesor Pun Tak Mampu Beli Rumah Di Sini' - Calon DUN Dengkil

2-8-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5977| Komen: 10

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N55 Dengkil, Darren Ong yang juga bekas profesor matematik di Xiamen University Malaysia mengakui harga rumah di kawasan ini terlalu tinggi.

“Saya bergaji seorang profesor pun tidak mampu beli rumah di sini," katanya jika dia sendiri tidak mampu memiliki rumah di kawasan ini, apatah lagi penduduk setempat.



FB

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dengkil itu berkata, biarpun banyak projek perumahan dibina di kawasan ini, namun ia tidak mampu dimiliki penduduk setempat.

“Bayangkan, rumah teres dua tingkat di sini boleh mencecah sehingga RM800,000 seunit. Ia langsung tidak masuk akal.

“Saya tertanya-tanya juga adakah rumah ini dibina untuk pelabur kaya atau pelabur asing sedangkan masih ramai penduduk yang tidak memiliki kediaman sendiri,” katanya ketika melancarkan manifestonya di sini, hari ini.

Katanya, jika dipilih sebagai wakil rakyat di sini, beliau sudah menyediakan ‘formula’ bagi memastikan penduduk setempat mampu memiliki kediaman sendiri.

Darren berkata, dasar perumahan seharusnya memihak kepada penduduk setempat bukannya mengayakan pelabur asing dan pemaju perumahan.

Menurutnya, beliau difahamkan, penduduk setempat di sini hanya mampu membeli kediaman bernilai antara RM200,000 hingga RM300,000.

“Kerajaan negeri seharusnya membina lebih banyak rumah mampu milik kerana rakyat juga mempunyai hak untuk memiliki kediaman yang selesa,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebarang projek perumahan baharu di kawasan ini perlu mengambil kira sistem pengaliran air yang sempurna bagi mengelak banjir kilat.

“Pembangunan yang tidak terkawal selain mengabaikan sistem saliran air juga boleh menyekat pengaliran air dan mengakibatkan banjir kilat,” katanya.

Justeru, katanya, beliau mahu kerajaan negeri mengetatkan syarat Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi setiap projek perumahan baharu. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-8-2023 07:26 PM
What's dengkil?
Tu cyber south laaa
Quote Tinot7 2-8-2023 07:32 PM
Baper gaji profesor?
Quote harkktuih 2-8-2023 08:03 PM
Kalau x silap xiamen byr gaji staff dorang tinggi.. Tapi contract based jer.
Quote kitaserupaaa 2-8-2023 08:46 PM
Cybersouth harga rumah 500k rasanya 5 thn lepas. Serenia 600k cam tu. Sebelum covid sime darby ada launch rumah selangorku landed single storey/ townhouse 200-250k kat area serenia. Ade org opis dapat beli.
Quote blue_blur 2-8-2023 09:24 PM
Katanya, jika dipilih sebagai wakil rakyat di sini, beliau sudah menyediakan ‘formula’ bagi memastikan penduduk setempat mampu memiliki kediaman sendiri.


lepas dah masuk zoo, baru tau apa berlaku sebenarnya. hanya mampu sembang, tak ada kuasa. lepas tu senyap. makan gaji buta, putar isu lain cover niat awal2 gebang tu.

tai berputar putar dari tangan ke tangan polishitians sekadar cakap demi career..

benda ni bukan boleh setel petik jari macam tu je, banyak perkara/pihak terlibat... tengok raja formula tu... haprak...
Quote zuriey 2-8-2023 11:42 PM
Mana nak mampu komitmen ko yg lain dah max agaknya
Bank pun mls nak layan
Aku yg marhean pun mampu beli rumah sbb tak de komitmen yg melampau-lampau
Quote elzy 3-8-2023 08:26 AM
Harga rumah sekarang memang around that figure laa.. adoi!
Mana ada double storey RM200k - RM300k lagi di Klang Valley dan Seremban N9.. Installments pun RM2k - RM3k bergantung kepada deposit & purchase price.. patutlah ex-Professor krik kirk..
Quote ally9970 3-8-2023 11:00 AM
Formula? zaman2 ni toksah sebut ada formula lah...dah takde org percaya dah...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.308433 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top