CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Putus Dengan Boyfriend, Anak 16 Tahun Tiba-Tiba Hilang Dari Rumah "Keluar Sehelai Sepingang, Tak Ada Gaduh, Mengadu Sakit Buasir Je"

2-8-2023 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7132| Komen: 33

Melaka: Seorang ibu dikenali sebagai Su menceritakan mengenai anaknya Intan Nur Diyana Syahrul Anuar, 16, yang hilang sejak Sabtu lalu.

"Malam sebelumnya elok saja dia bergelak ketawa dengan saya dan adik-beradik lain, tiba-tiba esoknya hilang dari rumah."


Su, 35, berkata dia dan suami buntu dan merayu anak sulung daripada empat beradik itu pulang kerana amat bimbang keselamatannya yang keluar sehelai sepinggang.

Foto: Harian Metro

Dia yang bekerja sebagai tukang sapu berkata, sebelum kejadian tiada perbalahan antara mereka malah anaknya yang mesra disapa 'kakak' kelihatan normal seperti hari-hari lain.

"Hari kejadian saya tengok kakak masih ada dalam biliknya antara 7 hingga 8 pagi sebelum dia membantu mengemas rumah dan menyapu sampah di halaman.

"Sekitar jam 9 pagi saya memanggilnya kerana hari hujan dan kilat, namun tidak bersahut dan terkejut mendapati dia sudah tiada di rumah.


"Puas saya mencari di dalam bilik dan di sekitar rumah namun tidak menemuinya yang keluar sehelai sepinggang," katanya dihubungi Harian Metro hari ini.

Dia membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir, di sini, pada petang Ahad lalu selepas buntu mencari anaknya itu.

Su berkata, kali terakhir dia melihat anaknya itu berpakaian baju putih lengan panjang, berseluar hitam dan tidak memakai tudung.

"Kakak tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, cuma dia ada mengadu sakit selepas menjalani pembedahan buasir di Hospital Melaka pada 29 Jun lalu," katanya.

Dia turut mengakui anaknya pernah beberapa kali keluar rumah tanpa pengetahuan sebelum ini namun pulang semula.

"Baru-baru ini kakak juga ada mengadu dia sudah memutuskan hubungan dengan seorang lelaki yang pernah datang merisik kerana mahu tumpu pelajaran dan saya menyokongnya.

"Tiba-tiba dia hilang, saya dan suami serta keluarga sudah mencari di serata tempat di kawasan ini, namun tidak jumpa.

"Rakan-rakan turut bantu mencari hingga ke Alor Gajah dan saya berharap anak pulang segera dengan selamat," katanya.

Katanya, orang ramai yang pernah melihat atau mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 017-6928859 atau 01117513805 (ayah) atau mana-mana balai polis berhampiran. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-8-2023 07:27 PM
Atas sebab apa tu?
Depression?
Jumpa yang lebih Baik?
Quote uori 2-8-2023 07:31 PM
Motif nak bagitau pasai sakit buasir
Quote Tinot7 2-8-2023 07:31 PM
Baru umo 16.. hang bior betikkk..
Quote hanamunir 2-8-2023 07:35 PM
kalau yang jenis hilang hilang ni kan, kebetulan
betul, mesti la mak ayah nye umur 35, 37, 39..
maybe la anak2 pun sama menggatal ikut perangai mak ayah zaman muda couple n kawin awal..
harap adik ni selamat la..
masa depan masih jauh dik, banyak lagi adik boleh buat selain dari lari ikut jantan..
Quote sharlenetexas 2-8-2023 07:44 PM
Muda2 dah buasir.
Tak pergi follow up appointment ke lepas operate?
Buasir tu boleh kembali.

Quote bunnyj3lly 2-8-2023 09:52 PM
Mudanya maknya kawin. Umur 35, anak dah 16 tahun.
Quote BumpIQ 2-8-2023 11:38 PM
macam cerita mek yah la pulak

mek yah dulu pun lari ikut boyfriend indon kerja cuci pinggan pada umur 18

mak mek yah tak berani nak report polis sebab mek yah akan dedahkan sikap dia yang suka mendera mek yah
Quote Carcosa 2-8-2023 11:46 PM
Eh, Melaka ni mmg lain mcm ke udara dia??
Asyik bebudak perempuan lari rumahhhh je. Dah kenapo?
Quote cha-cha 2-8-2023 11:49 PM
Awal sungguh dah dirisik ye. Brp pulak umur ex sheols tu? Semoga baik2 saja ye dek..
Quote B40tastePosh 2-8-2023 11:56 PM
Beranak bawah pokok kurma kowttt
Quote dani-rox 3-8-2023 02:21 AM
Mak dia memang saja lah kan... Tak pasal2 satu Malaysia tahu si anak sakit buasir. Teringat cerita apa entah, punyalah malu nak beli ubat buasir kat farmasi, satu watak nih cuma mampu bisik2 kat cashier
Quote newyork 3-8-2023 06:01 AM
Mula3 baca tajuk perasan tipikal lah ..sekali ada sakit buasir lak..wahahahah mak dia pun cerita habiss.
Quote Decaffeinated 3-8-2023 06:45 AM
Buasir sebab lobos?
Quote namr 3-8-2023 06:49 AM
acik anak ko malu nak balik sbb ko citer kat satu dunia dia ada sakit buasir
Quote AbukRokok 3-8-2023 08:17 AM
Carcosa replied at 2-8-2023 11:46 PM
Eh, Melaka ni mmg lain mcm ke udara dia??
Asyik bebudak perempuan lari rumahhhh je. Dah kenapo?

Set2 Byk sgt makan udang
Klu Lari dari ganu mesti singgoh melaka dlu
Quote green~tea 3-8-2023 08:20 AM
Besor nya anak umur 16 tahun dia.. terlebih growth hormone ke
Quote otai_g 3-8-2023 08:23 AM
green~tea replied at 3-8-2023 08:20 AM
Besor nya anak umur 16 tahun dia.. terlebih growth hormone ke

Btl gak. Mcm da umur 25 tahun gambarnya
Quote Yoonggi 3-8-2023 08:35 AM
Mudanya mak dia. br 35 thn dah ada anak 16 thn. motip bgtau seluruh negara anak dara dia ada buasir?
Quote syamzana 3-8-2023 08:48 AM
wess mudanya kene buasir.
acik ni dpt buasir ms pregnant anak ke2,giler sakit nak duduk nak berdiri terbaring serba xkene. p hosp doc ckp xleh op sbb iols dah nak msk 8 bulan time tu tp sbb buasir tu kat luar kami blh buat darah tersumbat tu.legaaaaa iols ok2 ye kan aje. sekali doc bius lokal toreh gitu je giler babeng sakit menjerit iols. rest setgh hari blh blk. lepas blk kesan bius habis hanaattttttt sakit berganda
semgu xleh gerak nak memerut pun trauma.
acik nak komen tu jah
memandangkan awak pun pernah lari sebelum ni, nak advise pun x jln dah kot

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.184367 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top