CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Baby Syifa Dukung Patung Hadiri Sesi Inkues

2-8-2023 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4577| Komen: 9

Pihak keluarga hadir ke Mahkamah Koroner hari ini membawa patung yang dipakaikan pakaian bayi bagi sesi inkues kes kematian Baby Syifa.

Difahamkan, patung yang didukung ibu bayi berkenaan diperbuat daripada silikon dan mempunyai saiz serta berat sama dengan Baby Syifa atau nama sebenarnya Nour Rania Asyifaa, kemudian diserahkan kepada peguam mewakili keluarga mangsa, Gaithri Thomas untuk digunakan ketika sesi inkues.


Gaithri ketika ditemui berkata, patung itu digunakan untuk menunjukkan cara Baby Syifa diletakkan dalam buaian di mana bayi itu itu dipercayai ditemui meninggal dunia.


Kehadiran Anida yang dilihat mendukung patung dipakaikan baju Baby Syifaa ketika sesi inkues mencuri perhatian di Mahkamah Koroner di Seremban. - NSTP/ AHMAD HASBI

Dalam pada itu, sesi inkues hari ini memanggil semula saksi ke-19, Khairulnisa Ahmad Damanhuri, 38, yang sebelum ini ditangguhkan kerana pengasuh bayi malang itu cuti bersalin.


Peguam mewakili keluarga Baby Syifaa atau nama sebenarnya Nour Rania Asyifaa mengemukakan bukti baharu yang dilihat bercanggah dengan kenyataan Khairulnisa pada inkues sebelum ini.

Bukti berkenaan adalah empat rakaman perbualan melalui panggilan telefon dalam satu aplikasi di telefon pintar milik ibu bayi berkenaan, Anida Idrus, 42, yang mengandungi rakaman panggilan Khairulnisa kepada Anida pada hari kejadian.

Rakaman dimainkan di dalam mahkamah sebelum peguam Gaithri Thomas mempersoalkan kronologi kejadian yang dilakonkan semula ketika simulasi tidak sama dengan perbualan yang dirakamkan.

"Puan katakan selepas puan solat, puan keluar bilik dan makan tengah hari. Saya mencadangkan keterangan puan tidak benar dan semata-mata ingin menyembunyikan sesuatu. Boleh rujuk kepada laporan simulasi," sal Gaithri.

Berdasarkan transkrip rakaman perbualan dibacakan Gaithri, Khairulnissa memaklumkan dia masuk ke bilik di mana Baby Syifaa berada untuk solat Zohor dan mendapati bayi berkenaan dalam keadaan terjerut.

Peguam itu mempersoalkan kronologi kejadian dan meminta Khairulnissa bersetuju bahawa simulasi yang dilakonkan adalah bercanggah dengan kenyataan dalam perbualan telefon.

Bagaimanapun, Khairulnissa tidak bersetuju kerana pada waktu kejadian, dia sangat cemas ketika menceritakan perkara itu kepada Anida dan tidak pasti perkataan digunakan adalah tepat atau sebaliknya.

Gaithri turut mempersoalkan mengapa Khairulnissa tidak menunaikan solat di bilik Baby Syifaa berada kerana menjadi satu kesalahan meninggalkan bayi tanpa pengawasan.

Namun Khairulnissa menjelaskan pintu bilik berkenaan sangat ketat dan jika ingin masuk semula ke bilik itu, mungkin bunyi pintu akan mengganggu tidur bayi itu.

Dalam hujahan ketika menjawab soalan Peguam Hafiz Norkhan, Khairulnissa memaklumkan dia bersedia jika ditahan di lokap, namun dibebaskan tanpa reman.

Media sebelum ini melaporkan, Nour Rania Asyifaa yang berusis 15 bulan ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman di Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022.

Pada 30 Mac 2022, Yuseri mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 2-8-2023 06:27 PM
May justice prevail.

Semoga keluarga baby Syifa menang dalam kes ni.
Quote Orenn1 2-8-2023 06:34 PM
Jahatnya siap jerut baby. Klu pikir kan balik it took a lot klu nak terjerut dgn sendirinya
Quote Orenn1 2-8-2023 06:35 PM
Ramai syaithonnirrajjims dlm donia ni
Quote _blackbird 2-8-2023 06:53 PM
ni bukan kes yg bapak nya kata freemasin jerut leher anak nya kerana tergugat dengan agenda anti vaksin covid beliau?
Quote Zeatyisaac 2-8-2023 07:44 PM
Allah Maha Besar. Yang hak pasti akan menang.
Quote prince_marhaen 3-8-2023 10:21 AM
meols awal2 follow sebab macam curious & pengasuh tu ramai macam cover up dia...kira ramai pengaruh lah.. dan kesian dekat ibu baby tu... lama-lama cam annoying ngan bapak dia yang over outspoken benda yang tak ada kaitan kes, macam nak argue semua benda, argue vaksin lah, kerajaan lah, itu ini semua komplen, semua benda tak puas hati (bukan pasal kes baby), dia jadik macam....ehhh tak penat ke eh.. sampai dapat perintah mahkamah takleh tulis apa-apa pasal kes sebab dia belit belit statement kait benda lain...jadi rimas.. apoooo..
Quote chiyoasuka 4-8-2023 10:12 AM
smoga dpt keadilan utk mangsa
Quote bbi25 4-8-2023 11:00 AM
Multiple Trading Platforms: AMarkets offers access to various trading platforms, including the popular MetaTrader 4 (MT4) and MetaTrader 5 (MT5). These platforms are widely recognized and appreciated for their advanced features, customization options, and extensive technical analysis tools.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058931 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top