CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Dibakar Suami Kritikal Di ICU, Suspek Dah Lolos Dari Ladang Sawit Naik Van Kilang

2-8-2023 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3204| Komen: 4

Wanita yang dibakar suaminya dalam kejadian di rumah mereka di kawasan perumahan ladang sawit di Tasek Gelugor kelmarin, kini kritikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie mengesahkan mangsa berusia 35 tahun yang melecur sehingga 27 peratus pada anggota badan itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berada di bawah pemantauan doktor pakar.



Gambar hiasan

"Berdasarkan maklumat doktor yang merawat mangsa, wanita itu berada dalam keadaan kritikal dan pasukan perubatan sedang membuat pemantauan rapi," katanya, ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Katanya, operasi mengesan suspek yang juga suami mangsa itu, giat dijalankan namun polis percaya pekerja ladang berusia 36 tahun itu masih berada di sekitar Pulau Pinang atau bersembunyi di negeri jiran sahaja.

"Dalam operasi bagi mengesan suspek yang dijalankan oleh pihak polis semalam, kami mendapat maklumat daripada saksi yang memaklumkan ternampak lelaki itu telah keluar dari kawasan ladang sawit tersebut dengan menumpang sebuah van kilang.


"Polis akan mengesan van kilang itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pergerakan suspek bagi mengesannya untuk membantu siasatan kes tersebut," katanya.

Mohd Asri berkata pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat suspek agar menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, wanita tersebut melecur tahap tiga akibat dibakar suaminya menggunakan petrol dalam kejadian perselisihan faham keluarga di rumah mereka.

Pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.45 malam daripada jiran mangsa, sebelum sepasukan polis terus ke lokasi, namun mangsa relah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB).

Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri yang bekerja di ladang kelapa sawit itu, mempunyai empat orang anak berusia 10 hingga 13 tahun dan semasa kejadian, anak-anak mereka berada di rumah yang disediakan majikan mereka di ladang tersebut.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 2-8-2023 10:28 PM
dah bakar bini tau kecut...ingat berani sangat
Quote chiyoasuka 4-8-2023 10:12 AM
mcm2 la org skg nii takut

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.131446 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top