Seorang lelaki hampir maut dek kebodohan sendiri menunggang motosikal dalam keadaan bersila. Bukan itu sahaja, dia yang juga dipercayai seorang rider dilihat leka bermain telefon bimbit sebelum terlibat dalam satu kemalangan.
Difahamkan, melalui video tular yang dimuat naik pada Selasa, kejadian di sebuah jalan raya di Kuala Lumpur itu dirakam kamera papan pemuka kereta (dashcam) orang awam yang berada di lokasi kejadian. Tindakannya itu membawa padah selepas dia merempuh bahagian belakang sebuah sekali gus menyebabkan dia jatuh ke lorong kanan jalan. Dia juga hampir dilanggar kenderaan lain, namun bernasib baik apabila kereta jenis Perodua Alza itu sempat memberhentikan kenderaannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut.
IG Majoriti "Kau bersila, selepas itu main telefon bimbit. Tak tengok depan sekali gus menyusahkan orang. "Kalau pemilik kenderaan buat repot, kau kena saman," kata Munir Saleh. "Bodoh, apa yang dia fikir duduk bersila seperti itu. Kalau kena pada kereta aku memang aku repot polis terus," kata Adam Ari pula. Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Sumber: Majoriti |
ADVERTISEMENT