“Untuk bakat-bakat baharu yang baru atau cuba masuk ke dalam industri, kalau untuk terus kekal relevan maknanya kena siap sediakan diri." Demikian pesanan dititipkan Didie Alias kepada bakat-bakat baharu yang ingin mencipta nama sebagai selebriti.
Pelakon, pengacara dan pelawak itu menegaskan mereka perlu fokus dan menjaga disiplin tidak kira apa yang diberi pihak stesen televisyen, penerbit dan pengarah. “Contohnya sekiranya ada di lokasi penggambaran, pastikan bersama pelakon-pelakon lain. Sekarang ni saya tengok, dahulu dan sekarang jauh bezanya. Biarpun saya dan rakan artis lain jarang berjumpa tapi ‘bonding’ kami sangat rapat. “Walaupun kami tahu kami dah boleh berlakon tapi kami tetap duduk semeja. Jadi kalau boleh buat lah sebegitu,” ujarnya ketika ditemui XTRA, baru-baru ini. Tambah Didie atau nama sebenarnya Nur Fadzillah Ali, dia terbuka dan cuba membantu bakat baharu untuk sama-sama menyerlah ketika bekerja bersama.
Malah Didie turut menegur agar jangan bersikap sambil lewa dan memandang mudah dengan bakat yang mereka miliki. “Jangan sentiasa dengan telefon saja, duduk lah bersama pelakon lain, kongsi dan ambil mood bersama. “Sayang sekiranya dapat berlakon bersama pelakon hebat tapi tak manfaatkan peluang itu. Kami sebagai orang lama kena bersatu dengan bakat baharu. “Sesiapa nak masuk industri jangan main-main, jangan sia-siakan bakat yang ada, jadikan ini periuk nasi anda, kalau mereka hanya suka-suka nak berlakon, tak payahlah masuk industri. “Saya sayang dengan bakat-bakat baharu yang ada kerana mereka lah pelapis industri pada masa depan. Jadi saya kadang-kadang tegur atau beri tunjuk ajar mana yang sempat, tapi selebihnya pada diri mereka sendiri.” katanya ringkas. Sumber: Xtra
|
annadonna replied at 3-8-2023 10:03 AM
Aku rasa dia cakap pasal adab, akhlak dan profesionalisme. Simple. Bukan pasal boleh tengok fon atau ...
ADVERTISEMENT